Jual minyak peket lebih 20 sen, peniaga dikenakan tindakan

GERIK – Padah menjual minyak masak peket 1 kilogram (kg) lebih 20 sen daripada harga kawalan, sebuah premis di Lenggong, di sini dikenakan tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Perak.

Pengarah KPDN Negeri Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, tindakan dijalan berdasarkan hasil maklumat orang awam memaklumkan minyak masak peket 1kg itu dijual melebihi harga ditetapkan oleh kerajaan.

Jelasnya, premis tersebut menjual dengan harga RM2.70, melebihi harga ditetapkan kerajaan iaitu RM2.50.

“Susulan laporan orang awam, sepasukan anggota penguat kuasa beruniform telah melakukan Op Samar dan pemeriksaan menyeluruh dilakukan.

“Kita menemui sebanyak 60 peket minyak masak peket 1kg di bahagian belakang stor penyimpanan premis.

“Manakala 13 peket lagi di dalam kotak di bahagian hadapan premis dengan diletakkan tag harga RM2.50.

“Pamer harga kawalan, tetapi pemilik premis dipercayai menjual lebih 20 sen iaitu RM2.70 kepada pengguna,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Kamalludin berkata, tindakan telah diambil di bawah kesalahan Seksyen 12 Akta Pelindungan Pengguna 1999 (Akta 599) iaitu gambaran yang mengelirukan tentang harga barang.

Tambahnya, sebarang aduan, pengguna boleh menyalurkan kepada KPDN melalui saluran aplikasi WhatsApp (019-8488000); portal e-aduan@kpdn.gov.my; call centre 1 800 886 800 atau aplikasi telefon pintar EZ Adu KPDN.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP