Hospital Baptist pula jadi sasaran rejim

GAZA – Hospital Baptist di Gaza pula menjadi sasaran rejim Israel selepas Hospiyal Kamal Adwan, sekaligus meningkatkan lagi kemusnahan yang sedang berlaku di kawasan utara Semenanjung Gaza.

Menurut saksi di tempat kejadian, peluru artileri rejim Israel telah mengenai tingkat atas bangunan Hospital Baptist tersebut.

Kini hospital itu kekal sebagai satu-satunya kemudahan perubatan yang beroperasi di utara Gaza selepas Hospital Kamal Adwan tidak lagi berfungsi akibat dimusnahkan dan sebahagiannya dibakar oleh tentera Israel pada Jumaat.

Pada Jumaat, tentera Israel menyerbu Hospital Kamal Adwan, membakarnya, dan memaksa hospital itu berhenti beroperasi sepenuhnya.

Lebih daripada 350 orang di dalam hospital, termasuk pengarahnya, Hussam Abu Safiya, 180 kakitangan perubatan, serta 75 pesakit dan pengiring mereka, telah ditahan dan dibawa ke lokasi yang tidak diketahui, menurut Pejabat Media Kerajaan Gaza.

Pengarah Hospital Kamal Adwan, Hussam Abu Safiya.

Pada Oktober 2023, Hospital Baptist turut dibom oleh tentera Israel, menyebabkan 500 rakyat Palestin terbunuh, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Related Posts

Handala godam laman web Stryker

WASHINGTON – Serangan siber ke atas syarikat peralatan perubatan Amerika Syarikat (AS) – Stryker – dilapor dilakukan oleh kumpulan penggodam Handala yang dikaitkan dengan Iran, susulan serangan ketenteraan AS dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih 9,000 lokasi jadi sasaran AS-Israel

ISTANBUL – Tentera Amerika Syarikat (AS) dan Israel menyerang 9,000 sasaran dalam tempoh 10 hari pertama serangan ke atas Iran, kata Datuk Bandar Tehran, Alireza Zakani pada Khamis, lapor Anadolu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan