Sorotan 2024: Kerangka ekonomi Madani lonjak kualiti hidup rakyat

SEBELUM pengumuman kadar dividen bagi pelaburan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) pada 24 Disember lalu, mungkin ramai tidak menyangka jumlahnya sangat kompetitif.

Namun dengan nilai dividen RM5.75 bagi setiap unit, ia kemudiannya disedari bahawa jumlah itu adalah tertinggi dalam tempoh lima tahun sebelumnya.

Secara tidak langsung, segala usaha dilaksanakan Kerajaan Madani dalam memacu kembali ekonomi negara mula menunjukkan hasil.

Peranan seterusnya adalah memastikan agenda perkembangan sihat dalam kekal konsisten untuk tahun seterusnya.

Ini adalah antara kisah kejayaan Kerajaan Perpaduan dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak kira-kira dua tahun lalu, yang banyak orang terlepas pandang.

Dan tidak sikit juga yang masih memperlekehkan usaha dijalankan secara berfasa, memandangkan ramai yang terlalu meletakkan harapan tinggi untuk menyaksikan kejayaan secara total dalam masa singkat.

Seperti lumrah kejadian manusia itu sendiri, kita bermula dengan merangkak sebelum mampu bangun untuk melangkah dan kemudiannya boleh berlari.

Sememangnya ia proses yang mengambil masa, tapi dengan nilai kesabaran tinggi dan usaha tanpa rasa penat mengalah, kita boleh mencapai apa yang selalu diangankan.

Begitu jugalah dengan nilai mata wang ringgit, pernah melonjak kepada satu kedudukan yang terbaik dalam masa lapan bulan pertama tahun 2024, sebelum kembali berdepan dagangan mencabar apabila berlakunya pilihan raya Presiden Amerika Syarikat.

Dasar negara kuasa besar dunia itu dijangka berubah selepas Donald Trump mengambil alih pimpinan daripada Joe Biden selepas ini.

Cabaran itu perlu dihadapi Kerajaan Perpaduan melalui persiapan berhati-hati, dengan memperkukuhkan hubungan dengan Rusia dan China menerusi BRICS, selain mengekalkan persahabatan dengan negara di bawah kesatuan APEC.

GLC dan rekod keuntungan yang menggalakkan

Fokus seterusnya Kerajaan Madani adalah meningkatkan pendapatan rangkaian syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang boleh membantu memantapkan status kewangan negara.

Malaysia Airlines sudah mula menunjukkan peningkatan perolehan apabila merekodkan keuntungan bersih RM766 juta – buat kali pertama sejak 2010.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja juga turut menyaksikan penambahan keuntungan daripada pelaburan sehingga 33 peratus (RM47.86 bilion); Felda Global Venture pula berjaya keluar daripada fasa kerugian dan mencatatkan keuntungan bersih RM86 juta.

Seterusnya Kumpulan Wang Amanah Persaraan juga tidak ketinggalan apabila memperoleh pendapatan bersih sebanyak 34 kali ganda (RM9.7 bilion); Bursa Malaysia terus menunjukkan trend melonjak dan Sime Darby catat keuntungan bersih sehingga RM3.3 bilion.

Tabung Haji (TH) yang sudah sedia terkenal di serata dunia kerana keberkesan dalam hal berkaitan pengurusan haji, tidak ketinggalan dalam mencipta keuntungan bagi memastikan pendeposit mereka meraih dividen yang memuaskan.

Menerusi anak syarikatnya, TH Plantations Berhad merekodkan perolehan 62 peratus berbanding tahun-tahun terdahulu.

Penjawat awam tulang belakang Kerajaan Madani

Sebagai tanda penghargaan kepada kira-kira 1.6 juta penjawat awam di seluruh negara, Kerajaan Perpaduan tidak melupakan sumbangan mereka.

Pengumuman berkaitan pelarasan gaji itu dibuat Perdana Menteri pada Ogos 2024, dan sekitar 21 Disember lalu, kumpulan penjawat awam mula menerima kadar gaji baharu – seperti dipersetujui menerusi Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Mereka menerima kenaikan sebanyak lapan peratus untuk fasa pertama dan seterusnya tujuh peratus lagi pada fasa kedua – Februari 2025.

Pelarasan gaji penjawat awam ini dijangka membawa kesan positif kepada kesejahteraan ekonomi kakitangan awam di seluruh negara.

Semua serba sedikit kejayaan ini bukanlah datang secara mudah, sebaliknya dicapai menerusi tadbir urus dan tatakelola yang baik oleh pasukan Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Trajektori ekonomi negara diramal lebih mencabar pada 2025 dan peranan Malaysia sebagai Pengerusi Asean bakal menguji kekukuhan polisi dibawa Kerajaan Madani dalam memakmurkan ekonomi serantau.

Semoga usaha pasukan Kerajaan Perpaduan dan Kerajaan Madani ini tidak disabotaj oleh pihak yang cemburu dengan segala kejayaan yang diraih sepanjang 2024.

Related Posts

Pengurusan isu rasuah dan pembalasan politik rakyat Sabah menjelang PRN

Oleh: Musa Abadi SKANDAL rasuah yang membabitkan beberapa wakil rakyat Sabah sejak hujung tahun 2024 bukan sekadar menggegarkan pentadbiran negeri, malah sedang menguji kekuatan moral dan kelangsungan sistem politik tempatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Meneliti Model Kehakiman: Hasnah FCJ dan era pasca Tengku Maimun

DENGAN persaraan Tengku Maimun Tuan Mat sebagai Ketua Hakim Negara pada 1 Julai 2025, institusi kehakiman Malaysia melangkah ke satu era baharu. Di sebalik tumpuan terhadap kepimpinan yang bakal menggantikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 individu termasuk pelancong selamat, insiden perlanggaran bot di Semporna

15 individu termasuk pelancong selamat, insiden perlanggaran bot di Semporna

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

Teraju Pahang slogan kosong Pas

Teraju Pahang slogan kosong Pas