Tarif asas elektrik: Kerajaan belum putuskan, TNB jamin 85 peratus pengguna tidak terjejas

KUALA LUMPUR – Kerajaan masih belum membuat keputusan mengenai cadangan kenaikan 14.2 peratus dalam tarif asas elektrik bagi tempoh kawal selia tiga tahun 2025-2027 (RP4) yang dijangka bermula pada Januari tahun depan.

Ketua Pegawai Kewangan TNB, Datuk Nazmi Othman berkata, jadual tarif semasa yang telah berkuat kuasa sejak 2014 akan terus diterapkan tanpa sebarang perubahan kadar tarif elektrik dan struktur tarif baharu sehingga 30 Jun 2025.

Menurutnya, TNB memberi jaminan 85 peratus daripada 9 juta pengguna domestik tidak akan terkesan dengan jadual tarif baharu yang dijangka akan diputuskan oleh kerajaan persekutuan sebelum Julai 2025.

“Bagi RP4, TNB telah mendedahkan bahawa tarif asas elektrik akan diselaraskan kepada 45.62 sen setiap setiap kilowatt-jam (kWh), berbanding 39.95 sen/kWh. Namun, kerajaan masih menyemak strukturnya, di mana tarif asas boleh menjadi lebih rendah atau lebih tinggi bergantung pada kekuatan pasaran semasa.

“Kerajaan akan mengambil masa untuk mengkaji jadual tarif sebelum mengumumkan struktur yang disemak semula sebelum Julai tahun depan dengan mengambil kira ramalan harga bahan api dan gas berdasarkan trend pasaran selama tempoh enam bulan akan datang, yang dianggap tempoh itu mencukupi,” katanya dalam taklimat media di Pusat Konvensyen Leo Moggie,  TNB Platinum, hari ini.

Mengulas lanjut, Nazmi berkata, cadangan pelarasan tarif asas elektrik merupakan ‘latihan penetapan semula’ (rebasing exercise) bagi mencerminkan ramalan kenaikan anggaran kos bahan api.

“Peningkatan 14.2 peratus ini sebahagian besarnya disebabkan oleh kenaikan 24 peratus dalam harga purata arang batu selama tiga tahun yang diunjurkan, dan kenaikan 34 peratus dalam harga gas yang diunjurkan.

“Di tengah-tengah jangkaan kos arang batu dan gas yang tinggi, kerajaan juga sedang meneliti secara terperinci semakan struktur tarif sedia ada untuk melindungi kumpulan rentan dan memastikan kemampuan TNB tidak terjejas. Semakan tarif asas bertujuan untuk mencerminkan harga ramalan pasaran bahan api,” katanya.

Sehubungan itu, Nazmi berkata, pihaknya menjangkakan struktur tarif yang akan diputuskan tidak akan membebankan majoriti penduduk di semenanjung sejajar dengan dasar yang dilaksana Kerajaan Madani.

Jelasnya, TNB akan sentiasa bersifat neutral dan akan bersiap siaga dalam melaksana tindakan susulan walaupun keputusan penarafan asas tarif elektrik baharu dilaksana oleh kerajaan persekutuan.

“Tarif asas elektrik merangkumi kos rangkaian dan runcit sekitar 30 peratus, dengan baki 70 peratus terdiri daripada kos penjanaan, termasuk kos bahan api dan caj kapasiti untuk loji janakuasa.

“Perubahan kos bahan api dimasukkan di atas tarif asas melalui mekanisme ketidakseimbangan kos (ICPT), dalam bentuk surcaj (jika kos bahan api melebihi ramalan) atau rebat (jika kos bahan api turun di bawah ramalan).

“Perlu diketahui bahawa pengguna elektrik kini membayar lebih tinggi daripada tarif asas semasa. Ringkasnya, kos bahan api yang diramalkan dalam RP3 (2022-2024) lebih rendah daripada harga pasaran, menyebabkan surcaj perlu dikenakan,” katanya.

Sementara itu, Nazmi memaklumkan,
peningkatan perbelanjaan modal (Capex) yang diluluskan bagi segmen penghantaran dan pengedaran (T&D) tidak semuanya dimasukkan ke dalam tarif asas elektrik bagi menampung perbelanjaan yang diperlukan oleh TNB.

“Daripada RM42.82 bilion capex yang diluluskan untuk RP4, kira-kira RM26.5 bilion adalah Capex asas untuk pengembangan infrastruktur yang seperti biasa, ia meningkat daripada RM20.55 bilion dalam RP3 (2022-2024). Ini dimasukkan melalui tarif asas elektrik.

“Baki lebih RM16 bilion merupakan capex ‘contingent’ untuk peningkatan rangkaian T&D berkaitan peralihan tenaga, bergantung pada kestabilan grid dan kelulusan selanjutnya. Ini termasuk usaha untuk menangani masalah turun naik tenaga solar, pelaburan grid pintar, serta penubuhan rangkaian bagi kawasan perindustrian baharu.

“Kita turut mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk mengekalkan kadar pulangan 7.3 peratus ke atas aset T&D TNB sejak permulaan RP2 pada 2018. Itu akan membolehkan kami melabur dengan pulangan yang adil dan munasabah untuk membina lebih banyak infrastruktur bagi memastikan kebolehpercayaan dan kelestarian industri tenaga.” katanya.

Related Posts

PM ucap tahniah jemaah haji, doakan urusan dipermudah

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menzahirkan ucapan tahniah kepada jemaah haji Malaysia yang terpilih menunaikan ibadah haji bagi musim tahun ini. Menerusi hantaran di Facebook hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Karnival Jom Masuk Universiti buka ruang pelajar pilih bidang berpotensi tinggi

KOTA KINABALU – Program Jom Masuk Universiti peringkat Zon Pantai Barat Sabah menjadi platform penting kepada pelajar, khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mendapatkan maklumat terkini mengenai peluang melanjutkan pengajian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM ucap tahniah jemaah haji, doakan urusan dipermudah

PM ucap tahniah jemaah haji, doakan urusan dipermudah

KSN santuni pelajar, sampaikan sumbangan di Bachok

KSN santuni pelajar, sampaikan sumbangan di Bachok

Karnival Jom Masuk Universiti buka ruang pelajar pilih bidang berpotensi tinggi

  • By Ynom
  • April 18, 2026
Karnival Jom Masuk Universiti buka ruang pelajar pilih bidang berpotensi tinggi

Selat Melaka bukan milik retorik: Realiti undang-undang vs politik populis

Selat Melaka bukan milik retorik: Realiti undang-undang vs politik populis

Jalan Lubok Tamang pacu ekonomi Saribas, beri manfaat 3,000 penduduk

Jalan Lubok Tamang pacu ekonomi Saribas, beri manfaat 3,000 penduduk

Enam ADUN Pas tuntut penjelasan MB isu penangguhan sidang DUN Perlis

Enam ADUN Pas tuntut penjelasan MB isu penangguhan sidang DUN Perlis