26 individu termasuk wanita dicekup terlibat judi laga ayam

TAPAH – Seramai 26 individu termasuk seorang wanita warga Indonesia dicekup polis dipercayai terbabit dalam kegiatan perjudian laga ayam di daerah ini, pada Rabu.

Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berkata, kesemua suspek berusia antara 31 hingga 50 tahun ditahan sekitar jam 2 petang.

Ujarnya, serbuan dan tangkapan menerusi Op Dadu itu dilakukan Bahagian D7, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah.

“Dalam serbuan pada 25 Disember itu, kita turut merampas 49 ekor ayam laga, lima buah sangkar besi, 22 telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM18, 314.

“Mereka berusia antara 31 hingga 50 tahun itu terdiri daripada 17 lelaki dan seorang wanita warga Indonesia, (3) lelaki Iban, (3) lelaki Melayu, dan 2 lelaki masing-masing India dan Cina,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Jesteru, katanya, kesemua suspek direman selama empat hari mulai 26 hingga 29 Disember bagi membantu siasatan.

Tambah Zulkafli, kes disiasat di bawah Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 serta Seksyen 32(1) (a) dan Seksyen 32(2) (a) Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Related Posts

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

IPOH – Seorang wanita didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin selepas mengaku bersalah melakukan kekerasan jenayah terhadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika sambutan Hari Kebangsaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki ditahan bersama dadah, simpan objek menyerupai pistol dan 208 peluru hidup

IPOH – Kegiatan seorang lelaki yang dipercayai aktif mengedar dadah sejak empat bulan lalu terbongkar apabila dia ditahan bersama ketamin, MDMA serta pelbagai objek menyerupai senjata api dan ratusan peluru…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka