Hampir 200 rakyat Johor terima rumah percuma

JOHOR BAHRU – Meskipun kurang daripada dua tahun tempoh pelaksanaannya, namun projek Rumah Kasih Johor (RKJ) telah berjaya memberikan manfaat kepada hampir 200 penduduk negeri kurang berkemampuan untuk memiliki kediaman sendiri secara percuma.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, seawal tahun 2023, kerajaan negeri telah berjaya membina 50 buah unit RKJ sebelum ia ditingkatkan kepada 120 unit pada tahun ini.

“Untuk makluman semua, pencapaian tahun pertama pelaksanaan RKJ tahun 2023, pihak Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ) melalui kontraktor utama RKJ, Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) E&C telah berjaya membina 50 unit di 10 daerah dengan lima unit di setiap daerah diperuntukkan.

“Penyerahan kunci kepada penerima-penerima RKJ telah dilaksanakan pada April tahun ini melalui Program Jelajah Kasih Ramadan PKPJ. Alhamdulillah kita dapat membantu 50 keluarga golongan miskin dan miskin tegar memiliki rumah secara percuma pada Ramadan lalu,” katanya.

Menurut beliau, dalam menjayakan rancangan RKJ, setiap wakil rakyat diberi tanggungjawab mencadangkan nama peserta RKJ di setiap kawasan masing-masing berdasarkan syarat ditetapkan.

“Dalam Ucapan Belanjawan tahun 2024 oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, peruntukan RKJ telah dipertingkatkan kepada 120 unit. Manakala dalam ucapan Belanjawan 2025, Kerajaan Negeri bersetuju mempertingkatkan peruntukkan RKJ kepada 165 unit.

“Sebagai usaha membantu rakyat, Kerajaan Negeri turut melakukan beberapa penambahbaikan untuk pelaksanaan Pembangunan Rumah Kasih bermula tahun 2024.

“Antaranya, kelonggaran kepada syarat pemilikan tanah cadangan RKJ. Calon boleh menggunakan tanah milik ibu bapa, keluarga terdekat sebagai tapak RKJ dengan syarat mendapat kebenaran bertulis pemilik tanah,” katanya.

Related Posts

ADUN Tellian cadang kuarters baharu Mukah dikongsi bersama penjawat awam Persekutuan

KUCHING – Kerajaan Sarawak dicadangkan agar membenarkan penjawat awam Persekutuan menggunakan kemudahan kuarters baharu kerajaan negeri yang bakal dibina di Bahagian Mukah bagi menangani isu kekurangan tempat tinggal kakitangan kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sekolah buka seperti biasa, aktiviti luar tangguh

KUANTAN – Semua sekolah di negeri Pahang akan beroperasi seperti biasa pada 16 Oktober 2026, namun semua aktiviti luar bilik darjah ditangguhkan berikutan situasi jerebu. Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar

ADUN Tellian cadang kuarters baharu Mukah dikongsi bersama penjawat awam Persekutuan

ADUN Tellian cadang kuarters baharu Mukah dikongsi bersama penjawat awam Persekutuan

Sekolah buka seperti biasa, aktiviti luar tangguh

Sekolah buka seperti biasa, aktiviti luar tangguh

ADUN Tellian cadang tubuh DUN Belia Sarawak sebagai platform kepimpinan muda

ADUN Tellian cadang tubuh DUN Belia Sarawak sebagai platform kepimpinan muda

Had tempoh jawatan PM, pengasingan kuasa pendakwaan dibincang Majlis Raja-Raja

Had tempoh jawatan PM, pengasingan kuasa pendakwaan dibincang Majlis Raja-Raja

Parlimen bebas selepas 33 tahun, Azalina puji langkah Anwar

Parlimen bebas selepas 33 tahun, Azalina puji langkah Anwar