Gencatan senjata di Gaza semakin hampir – Hamas

GAZA – Kemungkinan untuk mencapai perjanjian bagi menamatkan perang di Gaza semakin hampir, dengan syarat Israel tidak mengenakan syarat baharu, kata Hamas dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas pertemuan delegasi Hamas dengan pemimpin-pemimpin dari gerakan Jihad Islam dan Front Popular untuk Pembebasan Palestin di Kaherah bagi membincangkan perjanjian pertukaran tebusan dan gencatan senjata, lapor Anadolu.

Mereka bersetuju untuk meneruskan komunikasi dan koordinasi mengenai rundingan gencatan senjata, dan turut membincangkan cadangan penubuhan jawatankuasa sokongan komuniti bagi mentadbir Gaza pasca-perang.

Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Khamis memaklumkan kepada keluarga-keluarga yang terlibat bahawa syarat-syarat untuk mencapai perjanjian pertukaran tahanan dengan puak Palestin telah bertambah baik walaupun belum ada persetujuan akhir dicapai.

Ini merupakan kali pertama pejabat Netanyahu mengeluarkan kenyataan yang menyebut tentang kemajuan dalam rundingan sejak perang di Gaza bermula.

Kaherah dan Doha dilaporkan telah menggiatkan usaha dengan semua pihak untuk mencapai perjanjian sebelum pelantikan Presiden Amerika Syarikat yang baharu, Donald Trump, bulan depan.

Usaha oleh pihak pengantara, termasuk Amerika Syarikat, setakat ini gagal kerana keengganan Netanyahu untuk menamatkan perang secara kekal dan menarik balik tentera Israel dari Gaza.

Israel telah membunuh lebih daripada 45,000 orang di Gaza sejak 7 Oktober 2023, yang mengorbankan 1,200 nyawa di pihak Israel, dengan kira-kira 250 orang lagi dijadikan tebusan manakala kira-kira 100 tebusan masih dipercayai berada di Gaza.

Related Posts

Kapal tangki China tembus sekatan AS di Selat Hormuz

TEHERAN – Sebuah kapal tangki China yang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, walaupun terdapat sekatan AS ke atas laluan sempit strategik itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS, Iran gagal capai kata sepakat selepas 21 jam rundingan

ISLAMABAD – Amerika Syarikat (AS) dan Iran gagal mencapai sebarang persetujuan selepas lebih 21 jam rundingan damai bersejarah yang berlangsung di Pakistan. Naib Presiden AS, JD Vance, berkata rundingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16