Mereka dulu pencium kaki penyakau, Kerajaan Madani tidak lupa agenda reformasi – PM

KERAJAAN sehingga kini masih mendukung prinsip perjuangan sama iaitu memastikan Malaysia diangkat sebagai negara hebat, bersatu serta menjuarai hak setiap rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Madani masih mengekalkan pendirian itu sejak memerintah dua tahun lalu, tanpa meminggirkan identiti asas negara seperti bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Islam agama Persekutuan, Raja-Raja Melayu serta hak Melayu dan Bumiputera.

“Justeru di hadapan teman-teman seperjuangan, saya menyatakan dengan tegas bahawa saya dan Kerajaan Madani tidak pernah meninggalkan perjuangan dan agenda reformasi yang telah kita dukung bersama selama ini.

“Reformasi ini telah bermula dengan memperbetulkan tatakelola bagi melawan rasuah yang sistemik dan tadbir urus lemah.

“Saya mulakan dengan menghapuskan amalan rundingan terus dan pengaruh menteri dalam perolehan kerajaan, reformasi penting namun dipandang enteng pengkritik,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, semalam.

Dalam pada itu, Anwar mendedahkan,
terdapat beberapa desakan daripada pelbagai pihak supaya kerajaan segera melakukan reformasi seperti yang dijanjikan.

Bagaimanapun, beliau berkata, pengalaman lalu mengajarnya untuk lebih pintar dan cermat dalam membawa perubahan tanpa mengorbankan kestabilan negara.

“Namun ada juga suara memualkan daripada segelintir yang kononnya mendakwa kerajaan gagal melaksanakan agenda reformasi dalam tempoh dua tahun ini, sedangkan mereka jugalah yang sebelum ini sanggup mencium kaki penyakau dan perasuah.

“Kerajaan Madani perlu terus kukuh, bersama dan kekal mentadbir untuk merealisasikan agenda reformasi ini, kerana kegagalan bererti negara ini akan kembali di bawah pemerintahan pelampau agama dan perkauman,” katanya.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjelaskan mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) bukan caj tambahan baharu atau sumber keuntungan syarikat, sebaliknya mekanisme dua hala bagi melaraskan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM