Da Vinci Xi pembedahan robotik pertama di Melaka

HOSPITAL Pantai Ayer Keroh menjadi hospital pertama di Melaka yang memperkenalkan sistem pembedahan bantuan robotik canggih iaitu Da Vinci Xi.

Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Yew Aik berkata, sistem bantuan robot berkenaan menandakan kemajuan ketara dalam teknologi pembedahan.

“Ini kerana ia meningkatkan ketepatan hirisan (pembedahan) lebih kecil, mengurangkan risiko kehilangan darah, kesakitan dan tempoh pemulihan yang lebih cepat.

Sistem pembedahan bantuan robot canggih ini mampu menyokong pelbagai kepakaran termasuk Urologi, Ginekologi, Kolorektal, Hepatobiliari dan Pembedahan Am.

Jelasnya lagi, sebagai pelengkap kepada kemajuan teknologi, hospital berkenaan telah meluaskan kemudahan bagi tujuan tempat letak kereta kepada pelawat dan juga pesakit.

“Kami komited bukan sahaja kepada komuniti malah persekitaran juga turut diambil kira sebagai tanda inisiatif kemampanan, dengan cara memasang panel solar di atas bumbung tempat letak kereta bertingkat bagi tujuan langkah penjimatan.

“Dengan satu penghawa dingin, tenaga dapat dijana sehingga 750 isi rumah (fasa tunggal)” tambahnya.

Tambahnya lagi, Hospital ini akan terus bekerjasama dengan semua pihak demi memastikan penjagaan yang lebih baik buat seluruh komuniti dan persekitaran.

“Dengan sokongan berterusan, Hospital Pantai Ayer Keroh telah mencapai pencapaian membanggakan,” katanya.

Related Posts

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

SEREMBAN – Teka-teki mengenai masa depan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dijangka terjawab dalam tempoh beberapa hari lagi apabila desas-desus pembubarannya semakin kuat diperkatakan dalam kalangan pemain politik negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

KANGAR – Polemik mengenai dakwaan kewujudan akuan bersumpah (SD) yang dikaitkan dengan usaha menjatuhkan bekas Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli kembali membara apabila Pemuda Pas Perlis dan Armada Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

KKM sokong penuh advokasi DPPM, utamakan pendekatan berperikemanusiaan

KKM sokong penuh advokasi DPPM, utamakan pendekatan berperikemanusiaan