
RAKYAT Malaysia seharusnya berbangga apabila negara kita berada pada kedudukan ke-10 negara terselamat di dunia.
Portal majalah travelog terkenal Travel Stop dalam kajiannya berkata, Malaysia berada dalam carta 10 negara terselamat di dunia dan negara kedua selepas Singapura – yang berada di tangga ke- 5 dunia – mewakili benua Asia.
Travel Stop yang mengambil kajian dilakukan firma Institure for Economic & Peace – 2024 Global Peace Index, menyenaraikan Iceland di tangga pertama negara terselamat di dunia.
Senarai negara selamat di dunia itu dipaparkan di portal majalah travelog terkenal Travel Stop.
Manakala tiga lagi negara yang masing-masing berada di tangga ke-2 hingga empat adalah Ireland, Austria dan New Zealand.
Sementara dua lagi negara Eropah berada di tangga ke-6 dan ke-7 adalah Switzerland dan Portugal.
Denmark dan Slovenia berada di tangga ke-8 dan sembilan negara terselamat di dunia.
Negara maju seperti Amerika Syarikat, Rusia, China dan Jepun langsung tidak tersenarai dalam top 10 senarai kajian itu.





