Kerajaan Negeri Perak tambah enam lagi pusat PAWE buat warga emas

IPOH – Kerajaan Negeri Perak terus memperkasa kebajikan warga emas dengan menambah enam lagi Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) baharu menjadikan jumlah keseluruhan pusat berkenaan sebanyak 18 buah di negeri ini.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, antara lokasi penambahan PAWE itu adalah di Sungkai,Beruas, Gerik dan Lenggong.

Jelasnya, penubuhan PAWE telah memberi kesan positif serta peluang kepada golongan warga emas untuk meningkatkan kesejahteraan hidup menerusi pelbagai aktiviti dijalankan di pusat aktiviti berkenaan.

PAWE adalah satu inisiatif yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Belanjawan 2024 khusus untuk warga emas menjalankan aktiviti harian dalam komuniti.

Pelbagai aktiviti atau program ada disediakan seperti program keagamaan, rekreasi, terapi dan pemulihan, program ceramah kesihatan selain latihan atau kursus yang bersesuaian.

“Kewujudan PAWE telah memberi impak positif dalam membantu kita meningkatkan keaktifan warga emas untuk bersama dengan komuniti, masyarakat melalui program yang mereka aturkan seperti program kesihatan, riadah serta program peningkatan ekonomi.

“Menerusi PAWE kita turut mengadakan program dengan memberi latihan kepada warga emas yang masih produktif dan boleh menyumbang kepada pembangunan negeri Perak.

“Bahkan ada sebahagian PAWE yang dapat menjana pendapatan dan meningkatkan ekonomi melalui aktiviti yang mereka lakukan,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan perasmian Program Sejahtera Warga Emas Peringkat Negeri Perak 2024 di Galasa Caldwell, di sini.

Hadir sama, Pengarah JKM Perak, Nor Tipah Majin dan Pengarah Seketariat Pembangunan Wanita Perak, Jamilah Zakaria.

Dalam pada itu, Salbiah berkata, kerajaan negeri dalam usaha memperluas kerjasama strategik dengan agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi meningkatkan infrastruktur penjagaan seperti pusat jagaan harian, pusat komuniti mesra warga emas dan perkhidmatan sokongan penjaga.

Jelas beliau, antara inisiatif yang dilakukan adalah melalui penganjuran bengkel Ekonomi Penjagaan yang menyediakan latihan dan pembangunan kemahiran tenaga kerja dalam bidang penjagaan.

“Kerajaan bukan sahaja dapat memastikan rakyat yang memerlukan penjagaan mendapat perkhidmatan terbaik, tetapi membuka ruang untuk menjadikan penjagaan sebagai kerjaya professional yang dihargai.

“Ini juga bukti komitmen Kerajaan negeri Perak dalam memperkukuhkan Pelan Perak Sejahtera 2030, di mana Ekonomi Penjagaan dijadikan satu kompenan penting dalam meningkatkan kesejahteraan sosial dan ekonomi rakyat,”ujarnya.

Related Posts

Jalan Lubok Tamang pacu ekonomi Saribas, beri manfaat 3,000 penduduk

BETONG – Pembukaan Jalan Lubok Tamang disifatkan sebagai pemangkin penting kepada pembangunan luar bandar, khususnya dalam memperkukuh jaringan perhubungan dan merangsang ekonomi penduduk di Saribas. Laluan sepanjang 9.5 kilometer itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Enam ADUN Pas tuntut penjelasan MB isu penangguhan sidang DUN Perlis

ARAU – Enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas menuntut penjelasan daripada Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah berhubung penangguhan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selat Melaka bukan milik retorik: Realiti undang-undang vs politik populis

Selat Melaka bukan milik retorik: Realiti undang-undang vs politik populis

Jalan Lubok Tamang pacu ekonomi Saribas, beri manfaat 3,000 penduduk

Jalan Lubok Tamang pacu ekonomi Saribas, beri manfaat 3,000 penduduk

Enam ADUN Pas tuntut penjelasan MB isu penangguhan sidang DUN Perlis

Enam ADUN Pas tuntut penjelasan MB isu penangguhan sidang DUN Perlis

UiTM Mukah Night Bazaar sokong peniaga kecil jana pendapatan

UiTM Mukah Night Bazaar sokong peniaga kecil jana pendapatan

Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat

Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat

Gara-gara hasil sawit, buruh positif dadah cuba pukul, ugut kakak

Gara-gara hasil sawit, buruh positif dadah cuba pukul, ugut kakak