Polis minta kerjasama kesan remaja hilang dari rumah

KUANTAN – Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan hilang dari kediaman keluarganya di Inderapura, dekat sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, laporan mengenai kehilangan remaja itu dibuat ibu mangsa, seorang wanita berusia 50-an pagi semalam di Balai Polis Kuantan.

“Remaja yang hilang bernama Nur Soleeha Sorfina Zabri dan dipercayai sudah tidak bersekolah.

“Ibu remaja terbabit menyedari kehilangan anaknya sekitar jam 3 pagi sebelum berusaha mencari anaknya di kawasan sekitar.

“Dia kemudiannya tampil membuat laporan polis mengenai kehilangan Nur Soleeha di Balai Polis Kuantan jam 8.49 malam, semalam,” katanya.

Wan Mohd Zahari meminta kerjasama orang ramai untuk menghubungi balai polis berhampiran jika ternampak atau mempunyai maklumat berkaitan kehilangan remaja terbabit.

Katanya, usaha untuk mencari Nur Soleeha juga sedang dijalankan pihak polis.

Related Posts

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

KANGAR – Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menegaskan beliau tidak pernah gentar berdepan sebarang tekanan susulan keputusan menangguhkan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan bermula 21 April…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

SANDAKAN – Kerajaan Sabah merancang membangunkan semula Kampung (Kg) Bahagia sebagai perkampungan yang sah susulan kebakaran besar yang memusnahkan hampir keseluruhan kawasan berkenaan, kata Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor. Hajiji…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

Malaysia kekal tidak berpihak, mahu pembekal negara tembusi bekalan antarabangsa

Malaysia kekal tidak berpihak, mahu pembekal negara tembusi bekalan antarabangsa

Aliran bon Malaysia merekodkan RM7.9 bilion, tertinggi dalam tempoh 10 bulan

Aliran bon Malaysia merekodkan RM7.9 bilion, tertinggi dalam tempoh 10 bulan