Golongan muda sahut saranan PM majukan negara

BESUT – Golongan muda di negeri ini menyambut baik saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar setiap lapisan masyarakat berperanan memajukan negara.

Menurut beberapa pelajar yang ditemui, setiap rakyat tidak dapat lari daripada tanggungjawab itu.

Mereka merupakan antara pelajar cemerlang peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan keputusan semua A (4A dan 5A) pada majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM 2023 peringkat negeri ini di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nasiruddin Shah, di sini, pada Selasa.

Nurin Athirah Mohd Rosdi, 22, berkata, kerajaan perlu meningkatkan kecaknaan kepada golongan muda melalui pelbagai kementerian dan agensi.

Pendapat itu disokong oleh rakannya, Nurul Allysa Maiesarah Amran, 22 tahun.

“Saya bersetuju dengan rakan saya kerana kami memerlukan lebih banyak ruang untuk mencipta kejayaan. Mungkin ruang itu ada tetapi tidak kami ketahui. Yang penting, saranan Perdana Menteri itu bagus,” katanya.

Rakannya, Nur Ain Sofea Iqlima Mohd Baharuddin, 22, berkata, remaja sama ada yang lulus cemerlang atau sebaliknya tidak boleh terpisah daripada arus perdana.

“Semuanya perlu rasional dan fokus mencipta kejayaan mengikut bakat masing-masing. Saya percaya kita akan temukan ruangnya jika kita berjiwa besar dan berakal budi,” tambahnya.

Bagi Hasya Atikah Hasbullah, 22, pula, antara musuh kejayaan ialah sikap pesimis dan hal itu perlulah disingkirkan daripada kehidupan oleh semua pihak terutama remaja.

“Betul, masih ada ruang tambahan kita perlukan daripada pelbagai kementerian dan agensi tetapi saya percaya pemimpin terutama Perdana Menteri menyedari hal ini,” ujarnya.

Katanya, seperti remaja lain di seluruh negara, dia dan rakan-rakannya mengharapkan mereka lebih kerap disantuni agar pelbagai permasalahan dapat ditangani.

Related Posts

Keberanian berdialog cerminan kematangan masyarakat – PM

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keberanian untuk berdialog dan mempertahankan pandangan berasaskan fakta mencerminkan kematangan sesebuah masyarakat dalam mendepani perbezaan pendapat. Beliau berkata, budaya dialog…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar seru Bangsa Johor pilih kepimpinan berani, berprinsip

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pengundi di Johor supaya membuat pilihan yang tepat dengan memilih barisan kepimpinan negeri yang berintegriti, berwibawa dan komited memperjuangkan kebajikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keberanian berdialog cerminan kematangan masyarakat – PM

Keberanian berdialog cerminan kematangan masyarakat – PM

Anwar seru Bangsa Johor pilih kepimpinan berani, berprinsip

Anwar seru Bangsa Johor pilih kepimpinan berani, berprinsip

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng