Albertine Leo sudah kembali ke pangkuan keluarga

JOHOR BAHRU – Kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun, Albertine Leo Jia Hui yang dilaporkan hilang dipercayai diculik di Iskandar Puteri sebelum ini sudah kembali ke pangkuan keluarganya.

Menerusi akaun Facebook yang dipercayai milik saudara kanak-kanak perempuan itu, ada gambar mangsa bersama ibunya, Qieo Xin, 37, dan ahli keluarga terdekat lain di hadapan sebuah restoran di sini, dimuat naik ke platform berkenaan.

Wanita berkenaan turut mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kebimbangan masyarakat terhadap kes itu dan bersyukur Albertine selamat serta kembali dalam dakapan keluarga.

“Albertine kini selamat, namun dia keletihan dan trauma disebabkan insiden yang berlaku beberapa hari ini. Kami akan bawa dia pulang untuk berehat dan berkumpul bersama keluarga terdekat bagi memastikan keadaannya terus baik,” katanya.

Pemilik akaun itu juga memaklumkan dia sudah diberi kebenaran oleh ibu Albertine untuk memuatnaik gambar dan hantaran berkenaan.

Difahamkan, Albertine menerima rawatan di Hospital Selayang di Selangor pagi semalam dan kemudian dihantar pulang ke Johor Bahru di bawah pengawasan ketat Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum disatukan dengan keluarganya, petang semalam.

Terdahulu, media melaporkan penemuan Albertine dalam keadaan selamat di Batang Kali yang disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Polis Johor sebelum itu menahan tiga individu bagi membantu siasatan kes kehilangan mangsa, yang disedari kira-kira jam 8.30 malam Sabtu lalu. Dia ketika itu mengikut bapanya ke pusat perniagaan Eco Galleria di Iskandar Puteri.

Susulan tangkapan tiga suspek, kehilangan mangsa diklasifikasikan semula daripada laporan orang hilang kepada Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik dan melarikan seseorang dengan niat hendak mengurungnya secara sulit dan salah.

Dua lagi individu dilaporkan ditahan berkait kes itu, menjadikan keseluruhan lima suspek kini berada dalam tahanan. 

Dua individu itu, masing-masing seorang suspek wanita yang ditahan malam kelmarin, manakala seorang lagi, lelaki berusia 31 tahun ditahan kira-kira 4.45 pagi semalam di Batang Kali, Selangor.

Empat suspek kes culik Albertine direman empat hari bermula semalam, manakala suspek kelima yang ditahan semalam pula direman tujuh hari untuk siasatan lanjut.

Related Posts

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

SELARAS dengan keadaan semasa geopolitik dunia dan krisis di Asia Barat, Kerajaan MADANI berani mengambil pendekatan perlu dan kritikal iaitu menyelaraskan semula perbelanjaan kerajaan. Penyelarasan ini sebenarnya sederhana, tetapi sengaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

KUALA LUMPUR – Rata-rata peniaga dan penjaja di sekitar ibu negara kesal kerana perniagaan mereka terjejas susulan Himpunan 1 Mei yang diadakan, pada Sabtu. Ini kerana, kebiasaannya pada setiap hujung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy