Kelibat buaya air masin dikesan di Pantai Teluk Batik

LUMUT – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak menasihati orang ramai agar berhati-hati berhubung kemunculan seekor buaya air masin di sekitar Pantai Teluk Batik, di sini pada petang Khamis.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, pihaknya mengesahkan ada menerima aduan berhubung penampakan buaya tersebut sekitar jam 5 petang semalam.

Selain Perhilitan, ujarnya, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (J BPM) turut menerima aduan berkaitan isu berkenaan.

“Setakat ini, kita hanya menjalankan pemantauan dan tiada sebarang tangkapan buaya yang dibuat.

“Cuma kita menasihatkan agar orang ramai lebih berhati-hati, jangan hampir atau cuba tangkap serta melakukan provokasi ke atas reptilia itu dengan membaling sebarang objek,” katanya.

Sementara itu, menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Manjung, Kapten (PA) Norazlan Turiman, pihaknya telah bertindak membuat rondaan serta pemantauan terhadap reptilia tersebut di sekitar kawasan yang dinyatakan.

Jelasnya, kelibat buaya itu berjaya dikesan sekitar Jeti Vale (Vale Malaysia Minerals Sdn Bhd).

“Seusai menerima aduan sekitar jam 1.09 petang melalui mesej WhatsApp, ketua penyelamat pantai (Bay watch) APM bertindak membuat rondaan.

“Kita turut menerima rakaman penampakan buaya itu daripada anggota Vale yang berdekatan dengan Jeti Vale,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, tular beberapa video di media sosial berkaitan penampakan buaya air masin yang didakwa dipercayai muncul di sekitar perairan Pantai Teluk Batik.

Related Posts

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan Negeri akan meneliti perkara yang disuarakan kedua-dua kumpulan dalam perhimpunan iaitu Suara Mahasiswa dan Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) yang berlangsung di sekitar Kota Kinabalu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Buka semula dakwaan rasuah RM1.5 bilion Shafie Apdal – G57

KOTA KINABALU – Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) mendesak agar kes siasatan dipercayai penyelewengan dana berjumlah RM1.5 bilion didakwa membabitkan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dibuka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keberanian berdialog cerminan kematangan masyarakat – PM

Keberanian berdialog cerminan kematangan masyarakat – PM

Anwar seru Bangsa Johor pilih kepimpinan berani, berprinsip

Anwar seru Bangsa Johor pilih kepimpinan berani, berprinsip

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng