Kilang kitar semula terbakar, sebuah treler musnah

IPOH – Sebuah kilang kitar semula musnah dalam kejadian kebakaran di kawasan perindustrian Pasir Puteh, di sini malam tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 9.24 malam itu, sebuah treler yang diletak di dalam garaj kilang tersebut turut musnah terbakar.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, kebakaran itu melibatkan longgokan barangan kitar semula seperti kain, kaca dan plastik yang diletakkan di bawah garaj berbumbung.

Justeru katanya, seramai 25 orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh, Batu Gajah, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pekan Baru dan Menglembu bergegas ke lokasi.

“Kemusnahan struktur bangunan tersebut dianggarkan sebanyak 30 peratus daripada keseluruhan bangunan.

“Selain itu, tiada mangsa yang mengalami kecederaan kecuali sebuah treler musnah terbakar yang diletak di dalam garaj kilang tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Sehubungan itu, Sabarodzi berkata, bomba berjaya mengawal dan memadam kebakaran dengan bersumberkan air dari tangki jentera, tangki air serta pili bomba berhampiran.

Operasi itu tamat jam 11.55 malam.

Related Posts

1,200 jerami gulung terbakar dalam gudang MADA

JITRA – Sebuah gudang yang menyimpan kira-kira 1,200 jerami gulung dan peralatan elektrik musnah dalam kebakaran di Pertubuhan Peladang Kawasan C2 Kerpan, Kampung Tempayan Pecah di Ayer Hitam, dekat sini…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket minyak masak subsidi dijadikan minyak terpakai terbongkar

ALOR SETAR – Kegiatan seorang lelaki yang disyaki menjadikan minyak masak peket bersubsidi sebagai minyak masak terpakai terbongkar selepas sebuah premis, di sini diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri