Legasi Allahyarham Salahuddin diteruskan

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) beriltizam untuk meneruskan aspirasi Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub lakukan sebelum ini.

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata, Sallahuddin adalah figura yang banyak memberi khidmat kepada negara.

“Bapa Rahmah, tidak akan dilupakan. Sudah genap setahun pemergian Allahyarham Datuk Salahuddin Ayub, seorang individu yang banyak memberi khidmat pada negara sepanjang hayatnya.

“Lebih-lebih lagi dengan idea Menu Rahmah, menu yang berkhasiat dengan harga RM5.

“Saya dan warga kementerian akan tetap meneruskan aspirasi yang beliau lakukan sebelum ini dan sentiasa membantu para peniaga dengan pelbagai inisiatif disediakan,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook.

Fuziah berkata, beliau tidak akan melupakan jasa dan khidmat Allahyarham dan berdoa agar beliau ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pula meluahkan bahawa beliau kehilangan seorang sahabat rapat yang luar biasa.

“Malam ini saya hadir majlis tahlil dan memperingati Allahyarham Datuk Salahuddin Ayub anjuran Yayasan Rahmah Malaysia.

“Hari ini genap setahun pemergian beliau. Terasa cepat masa berlalu.

“Saya kehilangan seorang sahabat rapat yang luar biasa.

“Lemah lembut, penyabar, pendengar yang baik, pendamai dan seorang ‘political diplomat’,” ujarnya.

Jelas Saifuddin, Allahyarham adalah individu yang memulakan Menu Rahmah iaitu hidangan berharga RM5 dan ia didukung pelbagai pemain industri borong dan runcit.

Beliau turut menyifatkan inisiatif berkenaan sebagai legasi Allahyarham.

“Inisiatif yang mudah, namun mampan. Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat dan keampunan buatmu di sana sahabatku,” katanya.

Related Posts

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

BUKIT MERTAJAM – Malaysia terus diiktiraf pada peringkat antarabangsa sebagai antara negara Islam contoh dalam pengurusan hal ehwal Islam hasil kejayaan pelbagai institusi dan dasar yang dibangunkan secara tersusun, kata…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

BATU PAHAT – Impian yang disimpan sejak 1998 untuk bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya menjadi kenyataan buat seorang warga emas yang mengakui mengalirkan air mata sebaik sahaja bersua bersama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri

Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri

Sindiket sarang burung walit RM81.8 juta tumpas di Sarawak

Sindiket sarang burung walit RM81.8 juta tumpas di Sarawak

Polis Johor siap siaga pastikan kelancaran pengundian awal PRN Johor, esok

  • By Aden
  • July 6, 2026
Polis Johor siap siaga pastikan kelancaran pengundian awal PRN Johor, esok

Norway hantar Brazil balik hasil 2 gol Haaland

Norway hantar Brazil balik hasil 2 gol Haaland

Demi undi Melayu, Onn Hafiz sanggup tunggang naratif tidak mahu duduk semeja dengan DAP

Demi undi Melayu, Onn Hafiz sanggup tunggang naratif tidak mahu duduk semeja dengan DAP

Anak perantau Johor diseru balik mengundi – PMX

Anak perantau Johor diseru balik mengundi – PMX