123 rakyat Malaysia dari Bangladesh selamat tiba di KLIA

PESAWAT sewa khas yang membawa seramai 123 rakyat Malaysia termasuk 80 pelajar pulang dari Bangladesh selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Semalam, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, kerajaan membawa pulang rakyat Malaysia di Bangladesh atas faktor keselamatan susulan protes kuota kerja kerajaan di negara itu yang meragut lebih 150 orang.

Pesawat AirAsia A320 selamat mendarat di KLIA Terminal 2 pada 4.57 petang selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal di Dhaka pada 11.05 pagi tadi.

Seorang pelajar Siti Nurathirah Afrina Azree, 25, berkata, perasaannya bercampur-campur sebaik kembali ke Malaysia kerana beliau kini di tahun akhir pengajian.

Nurathirah memberitahu Bernama, dia bimbang terutama sekali selepas perintah berkurung diisytiharkan oleh pihak berkuasa Bangladesh.

“Selepas mendengar berita dari penduduk bahawa rusuhan mungkin berlanjutan… kami bimbang kerana tiada sambungan Internet dan ibu bapa mula panik.

“Kami rasa kami perlu pulang ke Malaysia… Misi membawa pulang ini satu rahmat bagi kami,” katanya.

Menurut laporan Reuters, Dhaka dan beberapa bandar utama di Bangladesh kini di bawah perintah berkurung dan telekomunikasi serta Internet turut ditutup oleh kerajaan sejak protes tercetus pada minggu lalu.

Seorang pelajar, Sarvin Tharmalingam berkata, misi dilancarkan kerajaan itu adalah sebab utama pelajar memilih untuk pulang ke tanah air.

“Liputan telefon yang teruk dan kurangnya sambungan Internet menyebabkan sukar untuk berhubung, dan mengetahui adakah keadaan selamat,” katanya.

Related Posts

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

KUALA LUMPUR – Bank Dunia mendedahkan tindakan kerajaan mengurangkan kuota penggunaan petrol bersubsidi di bawah BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan adalah tepat dalam usaha mengurangkan beban fiskal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan siasatan kes ‘mafia korporat’ setakat ini tidak melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis