10 sungai lepasi paras bahaya

PUTRAJAYA – Sepuluh sungai di Pahang, Terengganu, Johor, Kelantan dan Perak mencatatkan aras air di paras bahaya sejak awal pagi tadi berikutan amaran hujan berterusan yang dikeluarkan di kelima-lima negeri tersebut sejak 9 Disember.

Menerusi semakan di portal Public Info Banjir, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, empat sungai di Pahang iaitu Sungai Kechau di Kampung Dusun (F1) dan Jambatan Chegar Perah (F1) di Lipis menunjukkan trend aras air menaik dengan masing 0.64 meter (m) dan 0.74 m melebihi paras bahaya, setakat pukul 10 pagi tadi.

“Diikuti Sungai Luit di Kampung Subuh, Maran dan Sungai Belat di Sri Damai, Kuantan, masing-masing melebihi paras bahaya dengan 2.22m dan 0.13m.

“Di Terengganu pula melibatkan dua sungai di daerah Kemaman iaitu Sungai Tumpat di Kampung Baru Kemasik dan Sungai Kemaman di Jambatan Batu Putih dengan masing-masing 0.19m dan 0.2m melebihi paras bahaya, malah kedua-dua sungai masih menunjukkan trend kenaikan air.

“Sungai Aring di Jalan Felda Aring (F1), Gua Musang, Kelantan turut menunjukkan peningkatan aras air melebihi paras bahaya dengan 4.32m, diikuti Sungai Rui di Jambatan Jalan Raya Perak, Hulu Perak (0.1 melebihi bahaya), manakala di Johor pula melibatkan Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat (0.2m) dan Sungai Tangkak di Kampung Seri Maa’mor, Tangkak (0.01m),” menurut portal tersebut.

Sebelum ini media melaporkan Terengganu dilanda banjir gelombang kedua apabila 559 mangsa daripada 184 keluarga ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kemaman.

Laman sesawang Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan setakat jam 7.30 pagi, 1,131 mangsa banjir daripada 345 keluarga ditempatkan di 28 PPS di enam negeri termasuk Terengganu.

Di Negeri Sembilan, seramai 238 mangsa banjir daripada 65 keluarga ditempatkan di tiga PPS di daerah Tampin, manakala di Johor pula 166 mangsa daripada 43 keluarga di empat PPS di daerah Segamat dan Tangkak.

Keadaan banjir di Perak pula membabitkan 112 mangsa daripada 36 keluarga di tiga PPS di daerah Kinta dan Perak Tengah sementara di Pahang 45 keluarga daripada 13 keluarga di empat PPS di daerah Maran.

Keadaan banjir di Melaka tidak berubah apabila 45 orang daripada 13 keluarga di empat PPS di daerah Jasin

Related Posts

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa