STPM 2023 catat PNGK Nasional tertinggi

KUALA LUMPUR – Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) nasional bagi keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023 mencatatkan peningkatan sebanyak 0.02 mata iaitu 2.84 berbanding tahun lalu.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman berkata, ia merupakan rekod tertinggi dalam tempoh 11 tahun sejak pelaksanaan sistem pentaksiran STPM baharu.

Calon yang meraih PNGK 4.00 pula adalah seramai 1,116 calon atau 2.7 peratus. Ia berkurangan seramai 68 calon berbanding 1,184 calon bagi tahun 2022.

Mohd Ekhwan berkata, secara keseluruhan sebanyak 10 peratus daripada calon STPM 2023 memperoleh PNGK 3.75 dan ke atas, manakala PNGK 3.00 ke atas adalah 44.82 peratus.

“Bagi PNGK 2.75 dan ke atas ialah 58.79 peratus dan PNGK 2.00 dan ke atas ialah 90.08 peratus,” katanya.

Bagi STPM 2023, seramai 42,908 calon telah mendaftar namun hanya 41,548 sahaja yang hadir menduduki peperiksaan.

“Daripada 41,548 calon yang hadir, sebanyak 99.93 peratus atau 41,520 calon layak dianugerahkan Sijil STPM 2023, dan hanya 28 calon sahaja tidak layak.

“Syarat layak untuk mendapatkan Sijil STPM ialah calon mesti memperoleh lulus sebahagian sekurang-kurangnya dalam satu mata pelajaran,” kata Mohd Ekhwan.

Secara keseluruhannya, 23 mata pelajaran yang ditawarkan dalam peperiksaan STPM 2023 mencatatkan peratusan lulus penuh melebihi 60 peratus iaitu gred C dan ke atas.

Dalam pada itu, MPM turut memilih 17 pelajar terbaik dalam pelbagai kategori termasuk pelajar terbaik kebangsaan STPM Aliran Sains, Sains Sosial, Orang Asli serta calon berkeperluan pendidikan khas dengan masing-masing menerima wang tunai RM1,000, plak dan sijil.

Keputusan STPM 2023 boleh mula disemak bermula jam 11.30 pagi tadi menerusi pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK dan sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM/No. Kad Pengenalan/Angka Giliran dan hantar ke 15888.

Related Posts

DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita sebanyak 323 buah basikal sewa dalam operasi Tindakan Khas Pengusaha Basikal tanpa lesen dan Halangan Tempat Awam di sekitar Jalan Tembeling,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Status pelunasan zakat Tabung Haji sah, sempurna

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) menegaskan status pelunasan zakat bagi pihak pendeposit adalah sah dan dilaksanakan dengan sempurna. TH dalam kenyataan berkata, Jawatankuasa Penasihat Syariah TH dalam mesyuaratnya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

  • By Aden
  • August 4, 2026
DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa