Geran RM50 juta untuk Penang Silicon Design @5km+

DATUK Seri Anwar Ibrahim mengumumkan geran padanan RM50 juta bagi Penang Silicon Design @5km+, inisiatif bertujuan memacu pertumbuhan ekonomi menerusi pembangunan industri reka bentuk litar bersepadu (IC) di Pulau Pinang.

Perdana Menteri berkata, kerajaan Pusat bersetuju meluluskan geran padanan itu sebagai menyokong Penang Silicon Design @5km+ bagi tempoh lima tahun.

Beliau menyifatkan inisiatif itu bukan sahaja projek yang membanggakan Pulau Pinang, malah mampu melonjakkan kekuatan ekonomi negeri serta negara.

“Ini satu inisiatif yang akan letakkan Malaysia sebagai pusat penting semikonduktor di Asia. Permohonannya kecil, sekitar RM12 juta setahun, kira-kira RM60 juta (lima tahun), kalau saya ketua menteri, saya minta RM200 juta.

“Tapi Chow (Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow) tahu kekangan kita. Maka saya luluskan RM50 juta yang akan bantu memudahkan mereka, kita tidak mahu mereka pening dengan kewangan,” katanya dalam satu majlis di George Town, Pulau Pinang, hari ini.

Turut hadir dalam majlis itu Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Kewagangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Penang Silicon Design @5km+ diterajui kerajaan Pulau Pinang menerusi agensi utamanya, InvestPenang, untuk merevolusikan industri semikonduktor Malaysia dan sejajar sepenuhnya dengan Strategi Semikonduktor Nasional.

Inisiatif baharu itu menandakan satu lonjakan penting ke arah bahagian hadapan rantaian nilai semikonduktor, mempercepatkan revolusi kecerdasan buatan (AI) dan memacu negara ke barisan hadapan dalam inovasi teknologi global.

Anwar berkata, sekian lama Pulau Pinang terkenal sebagai pusat semikonduktor dan Penang Silicon Design @5km+ menjadi satu titik sejarah paling penting dalam industri untuk mengangkat negeri ini dan Malaysia menjadi hab semikonduktor global.

Related Posts

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

LATAR pendidikan undang-undang, pengalaman kepimpinan mahasiswa dan pencapaian dalam pertandingan pidato antarabangsa menjadi kelebihan calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi pada Pilihan Raya Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

CALON muda yang diketengahkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka seperti calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin perlu diberi ruang untuk membuktikan kemampuan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

Kewibawaan Akmal dipersoal, ramai mula sokong Ayu di Merlimau

Kewibawaan Akmal dipersoal, ramai mula sokong Ayu di Merlimau

Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama

Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama

“Keluar sahaja daripada BN” – DAP cabar MCA

“Keluar sahaja daripada BN” – DAP cabar MCA