Tiada alat canggih di dunia dapat kawal banjir, kerajaan ikhtiar dengan projek tebatan banjir RM15 bilion

TIDAK ada kecanggihan teknologi termasuk negara China, Amerika Syarikat dan Eropah untuk mengekang bencana banjir.

Namun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan masih berikhtiar dengan mengeluarkan belanja yang tinggi mencecah hampir RM15 bilion ringgit untuk projek tebatan banjir.

“Tidak ada negara yang boleh pastikan tidak berlaku seluruh kecanggihan teknologi negara China, Amerika Syarikat dan Eropah masih tidak dapat mengawal (bencana banjir). Tetapi ikhtiar kita harus ada. Apakah ikhtiar kita? Belanja yang tinggi mencecah hampir RM15 bilion ringgit untuk projek tebatan banjir.

“Projek tebatan banjir seperti kita tahu itu menyeluruh, Semenanjung, Sabah, Sarawak. Adakah ini mencukupi? Masih belum tetapi untuk kita tumpu itu sahaja tentunya tidak cukup.

“Ada cadangan saya ingat lama dah mungkin 20 tahun lebih yang lalu dan ini dibangkitkan baru ini dengan Perdana Menteri Jepun yang baharu, iaitu projek Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) di pantai barat banyak mengatasi masalah banjir di pantai barat berdasarkankajian JICA.

“Itu menunjukkan pada ketika itu, tahun 90-an keperluan perbelanjaan itu sudah mencecah sampai RM10 bilion sekarang mungkin sampai RM20 billion. Jadi saya setuju kita ambil langkah yang harus kita gunakan,” katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.

Menurut Anwar, tahun ini Malaysia mengalami hujan luar jangkaan yang jauh lebih lebat iaitu lima hari sama dengan enam bulan sebelumnya.

Ujarnya ia umpama hujan tertangguh, kemarau kemudian turun mencurah dengan begitu banyak menyebabkan takungan air dan banjir.

“Jadi langkah yang kita lakukan kecanggihan memantau supaya memaklumkan dan projek tebatan banjir yang lebih berkesan.

“Memang ada cadangan dan antara lain kajian JICA itu ialah untuk membina tebing-tebing yang tinggi di seluruh kawasan pantai dan itu tentulah akan mengambil masa dan mudah-mudahan apabila keadaan ekonomi yang jauh lebih kukuh, selesai tebatan banjir kita tidak ada pilihan tetapi mesti menjurus ke arah itu.

“Selain daripada doa memudahan hujan dan air pasang itu jauh lebih terkawal di tahun-tahun akan datang. Insya-Allah,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Perdana Menteri memaklumkan projek tebatan banjir yang sedang dilaksanakan di seluruh negara, termasuk di Pantai Timur, berjalan mengikut jadual, walaupun beberapa projek dibatalkan pada tahun 2022 sebelum ditender semula.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjelaskan bahawa keputusan untuk membatalkan beberapa projek tersebut dibuat kerana Kerajaan Madani menolak amalan rundingan terus yang disifatkan beliau sebagai lemah dan tidak berasas.

“Setakat ini, kecuali satu projek di Terengganu, semua projek lain masih berjalan mengikut jadual. Keputusan ini tidak mengganggu kelancaran pelaksanaan projek tebatan banjir,” katanya.

Anwar turut menegaskan bahawa proses rundingan semula melalui tender terbuka telah membantu kerajaan menyelamatkan dana yang besar berbanding dengan jumlah yang diperuntukkan sebelumnya.

“Adakah ada bukti bahawa kita berjaya menyelamatkan dana? Ya, kita ada rekod yang menunjukkan bahawa dalam proses tender terbuka berbanding rundingan terus, kita berjaya mengurangkan kos dan menyalurkan dana dengan lebih efisien,” jelas beliau.

Menjawab soalan tambahan dari Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda-Muar) mengenai sama ada terdapat bukti penyelewengan dalam proses tender projek tebatan banjir yang dibatalkan, Anwar memberi jaminan bahawa keputusan tersebut tidak akan melambatkan usaha untuk menangani banjir.

“Proses penilaian teknikal oleh kementerian dan penilaian kewangan oleh Kementerian Kewangan akan dipatuhi, dan ia adalah langkah penting untuk memastikan ketelusan dan keberkesanan projek,” kata Perdana Menteri.

Related Posts

Tun M gagal satukan Melayu kerana percaturan politik sendiri

PEMERHATI politik, Raggie Jessy Rithaudeen berpandangan kegagalan Tun Dr Mahathir Mohamad menyatukan orang Melayu berpunca daripada percaturan politik yang dibuat sendiri oleh bekas Perdana Menteri itu sejak Pilihan Raya Umum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar umum RM31 juta, pelbagai projek demi kesejahteraan rakyat Pulau Banggi

KUDAT – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM31 juta bagi pembangunan Pulau Banggi yang melibatkan pelbagai projek infrastruktur dan kemudahan asas untuk penduduk tempatan. Menurut Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tun M gagal satukan Melayu kerana percaturan politik sendiri

Tun M gagal satukan Melayu kerana percaturan politik sendiri

Nilai stok pasir sungai di Pahang mencecah RM500 juta – Wan Rosdy

Nilai stok pasir sungai di Pahang mencecah RM500 juta – Wan Rosdy

Penggantungan Bersatu dijangka beri kesan kepada PN di peringkat nasional

Penggantungan Bersatu dijangka beri kesan kepada PN di peringkat nasional

SPRM Sabah perkukuh pencegahan, pembudayaan integriti dalam usaha banteras rasuah

  • By Ynom
  • May 9, 2026
SPRM Sabah perkukuh pencegahan, pembudayaan integriti dalam usaha banteras rasuah

Cadangan 5 ADUN lantikan cemar demokrasi – Kor Ming

Cadangan 5 ADUN lantikan cemar demokrasi – Kor Ming

Anwar umum RM31 juta, pelbagai projek demi kesejahteraan rakyat Pulau Banggi

Anwar umum RM31 juta, pelbagai projek demi kesejahteraan rakyat Pulau Banggi