PM menghadap Sultan Selangor, Pemangku Sultan Johor

SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Alhmarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj dan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.

Menerusi catatan di Facebook, Anwar berkata, pertemuannya bersama baginda berdua adalah untuk pemakluman mengenai pembangunan negara, Selangor dan Johor.

“Dalam sesi ini, saya telah menyembah maklum perkembangan terkini pembangunan negara dan negeri Selangor serta Johor,” katanya di Facebook pada Selasa.

Anwar juga turut memuat naik beberapa gambar pertemuan beliau bersama-sama Seri Paduka Baginda berdua.

Turut hadir, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Dalam pada itu, beliau mendoakan kesejahteraan Seri Paduka Baginda berdua dan seluruh kerabat diraja.

“Mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala semoga Duli Tuanku serta seluruh kerabat diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan. Daulat Tuanku,” katanya.

Related Posts

BMW diguna PM hanya pinjaman sementara, bukan pembelian baharu

PUTRAJAYA – Jabatan Perdana Menteri (JPM) menjelaskan penggunaan sebuah kenderaan BMW oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hanyalah bersifat sementara dan bukan melibatkan pembelian atau penyediaan kenderaan rasmi baharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

JOHOR BAHRU – Program jelajah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional tidak perlu digunakan oleh Barisan Nasional (BN) sebagai alat dan kempen politik untuk meraih sokongan daripada golongan muda. Calon…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BMW diguna PM hanya pinjaman sementara, bukan pembelian baharu

BMW diguna PM hanya pinjaman sementara, bukan pembelian baharu

SUKMA Selangor 2026 raih tajaan RM8 juta, 17 syarikat hulur sokongan

SUKMA Selangor 2026 raih tajaan RM8 juta, 17 syarikat hulur sokongan

‘Politik perpaduan’ jadi pilihan, rakyat tolak sentimen perkauman

‘Politik perpaduan’ jadi pilihan, rakyat tolak sentimen perkauman

MediAsas: Reformasi pembiayaan kesihatan kurangkan beban rakyat

MediAsas: Reformasi pembiayaan kesihatan kurangkan beban rakyat

Pengundian awal PRN Johor berjalan lancar di IPD Mersing

Pengundian awal PRN Johor berjalan lancar di IPD Mersing

Sepanyol ke suku akhir lepas menang tipis 1-0 ke atas Portugal

Sepanyol ke suku akhir lepas menang tipis 1-0 ke atas Portugal