Fenomena kepala air luar jangka punca banjir Raub

KUANTAN – Arus deras dan fenomena kepala air luar jangka mengakibatkan proses pemindahan penduduk terjejas banjir di Raub, Jumaat lalu berdepan kesukaran.

Bahkan, pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Raub terpaksa menunggu hampir lima jam sebelum boleh memasuki kawasan kampung pedalaman untuk memindahkan penduduk ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Perkara itu dikongsi pegawai kanan APM, Kapten (PA) Samasuddin Kambadee ketika ditemui di jambatan Kampung Sungai Pasu, kira-kira 10 kilometer dari bandar Raub, hari ini.

Beliau berkata, banjir yang berlaku lewat malam Sabtu lalu adalah gelombang kedua membabitkan lebih 1,000 penduduk.

“Kali pertama pada 10 November lalu dan ini adalah gelombang kedua… kebiasaannya sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) akan berlaku hingga empat kali gelombang banjir.

“Walaupun cuaca sudah semakin baik hari ini, namun kebanyakan penduduk masih diminta berada PPS memandangkan paras air sungai di daerah Raub masih merekodkan bacaan waspada dan amaran,” katanya yang juga Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Raub.

Ditanya mengenai kerjasama daripada penduduk sepanjang proses pemindahan dilakukan APM bersama agensi lain, Samasuddin memaklumkan kebanyakan penduduk memberi kerjasama yang baik.

Katanya, bagi kes membabitkan penduduk yang uzur dan berdepan masalah kesihatan, pihaknya dengan kerjasama pejabat kesihatan daerah memindahkan mereka ke hospital untuk tujuan pemantauan.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sungai Pasu, Mohd Zaidi Hashim berkata, kebanyakan penduduk di kawasan berkenaan sedia maklum mengenai keperluan untuk berpindah ke PPS apabila paras air meningkat.

“Cuma kali ini banjir berlaku terlalu cepat dan ramai penduduk mendakwa tidak sempat untuk membawa banyak benda penting ke PPS.

“Bagaimanapun semua keperluan mereka memang disediakan di PPS, jadi tidak ada masalah membabitkan hal makan minum dan keperluan lain,” jelasnya.

Beliau memaklumkan semua penduduk yang ditempatkan di PPS dijangka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing esok, bergantung keadaan cuaca.

Related Posts

Bentuk muka bumi cabaran utama operasi SAR Orang Asli hilang

ROMPIN – Bentuk muka bumi berpaya serta risiko ancaman binatang buas antara cabaran utama yang dihadapi pasukan penyelamat dalam operasi mencari (SAR) warga emas Orang Asli yang dilaporkan hilang, sejak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komitmen padu Kerajaan MADANI salur peruntukan tingkat mutu pendidikan Islam

TAWAU – Peruntukan yang disalurkan Kerajaan MADANI kepada sekolah pondok dan institusi tahfiz membuktikan komitmen jitu kerajaan memperkembangkan pendidikan dan kefahaman Islam. Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tawau, Fung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bentuk muka bumi cabaran utama operasi SAR Orang Asli hilang

Bentuk muka bumi cabaran utama operasi SAR Orang Asli hilang

Komitmen padu Kerajaan MADANI salur peruntukan tingkat mutu pendidikan Islam

  • By Fatin
  • September 28, 2026
Komitmen padu Kerajaan MADANI salur peruntukan tingkat mutu pendidikan Islam

Pemergian Tun Dr Siti Hasmah turut dirasai seluruh warga PDRM

Pemergian Tun Dr Siti Hasmah turut dirasai seluruh warga PDRM

Tun Dr Siti Hasmah dikebumikan di sebelah pusara Tun Endon

Tun Dr Siti Hasmah dikebumikan di sebelah pusara Tun Endon

SMFC pamer teknologi AI dan sistem bersepadu MFC Opar di Sarawak Agrofest 2026

SMFC pamer teknologi AI dan sistem bersepadu MFC Opar di Sarawak Agrofest 2026

Konsert Israel Houghton: Polis Sabah nasihat tangguh dahulu

  • By Ithma
  • September 28, 2026
Konsert Israel Houghton: Polis Sabah nasihat tangguh dahulu