1,177 ditahan KPDN atas kesalahan penyalahgunaan diesel

SERAMAI 1,177 individu warganegara dan bukan warganegara ditahan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) atas kesalahan berkaitan penyalahgunaan barang kawalan diesel sejak Januari 2022 hingga Oktober tahun ini.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, kementeriannya sentiasa mengambil serius berhubung aktiviti penyelewengan diesel di negara ini.

“Antara faktor yang mendorong aktiviti penyelewengan diesel bersubsidi adalah disebabkan permintaan yang tinggi dalam sektor industri dan penyeludupan ke luar negara.

“Selain itu, penetapan harga bagi diesel bersubsidi yang diberikan secara pukal oleh kerajaan mendorong ke arah kegiatan ini,” katanya ketika menjawab soalan lisan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid di Dewan Negara pada Selasa.

Menurut Armizan, nilai rampasan penyalahgunaan diesel sepanjang tempoh itu adalah sebanyak RM47 juta dengan jumlah kes tertinggi iaitu 1,617 kes di Semenanjung Malaysia, diikuti 421 kes di Sarawak, Sabah 141 kes dan Wilayah Persekutuan Labuan 11 kes.

Related Posts

MediAsas: Reformasi pembiayaan kesihatan kurangkan beban rakyat

PUTRAJAYA – Kerajaan melancarkan inisiatif MediAsas sebagai langkah memperkukuh reformasi pembiayaan kesihatan negara bagi memastikan rakyat mendapat perlindungan kesihatan yang lebih mampu milik di tengah peningkatan kos rawatan perubatan. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

JOHOR BAHRU – Program jelajah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional tidak perlu digunakan oleh Barisan Nasional (BN) sebagai alat dan kempen politik untuk meraih sokongan daripada golongan muda. Calon…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SUKMA Selangor 2026 raih tajaan RM8 juta, 17 syarikat hulur sokongan

SUKMA Selangor 2026 raih tajaan RM8 juta, 17 syarikat hulur sokongan

‘Politik perpaduan’ jadi pilihan, rakyat tolak sentimen perkauman

‘Politik perpaduan’ jadi pilihan, rakyat tolak sentimen perkauman

MediAsas: Reformasi pembiayaan kesihatan kurangkan beban rakyat

MediAsas: Reformasi pembiayaan kesihatan kurangkan beban rakyat

Pengundian awal PRN Johor berjalan lancar di IPD Mersing

Pengundian awal PRN Johor berjalan lancar di IPD Mersing

Sepanyol ke suku akhir lepas menang tipis 1-0 ke atas Portugal

Sepanyol ke suku akhir lepas menang tipis 1-0 ke atas Portugal

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang