Peningkatan premium insurans kesihatan: Sistem penjagaan kesihatan awam terbeban, sektor gig terjejas

PUTRAJAYA – Kenaikan mendadak caj premium insurans kesihatan dilihat akan menyebabkan peningkatan kebergantungan kepada sistem penjagaan kesihatan awam yang sudah terlalu terbeban ketika ini.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Datuk Dr Kalwinder Singh Khaira berkata, pemegang polisi insurans yang tidak mampu membayar premium tinggi terpaksa memilih sistem penjagaan kesihatan awam.

Menurutnya, walaupun pelarasan kepada premium insurans sebagai satu keperluan, dengan mengambil kira kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat, namun ia perlu berada pada kadar yang munasabah dan berpatutan.

“Polisi insurans harus direka bentuk untuk menampung semua kumpulan pendapatan supaya kewangan untuk kesihatan sentiasa tersedia.

“Selain itu, mereka yang mempunyai polisi sedia ada juga tidak sepatutnya terbeban dengan kenaikan premium yang tidak dirancang.

“Sehubungan itu, pendekatan seimbang adalah penting untuk mengekalkan ekosistem penjagaan kesihatan yang mampan agar memberi manfaat kepada semua pihak berkepentingan,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press.

Terdahulu, beberapa Ahli Parlimen blok kerajaan menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) mengawal dan menyiasat kenaikan 40 hingga 70 peratus caj premium insurans kesihatan yang dikenakan kepada pengguna.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin yang menggerakkan kempen isu kesihatan bersama beberapa Ahli Parlimen lain, menyeru BNM menyiasat dan mengkaji semula syarikat insurans yang mengeluarkan notis kenaikan itu.

Sementara itu, Ketua Aktivis Gabungan eHailing Malaysia (GEM), Jose Rizal berkata, kenaikan had tahunan yang munasabah bagi kadar premium insurans kesihatan perlu dihadkan menerusi mekanisme kawalan harga bagi melindungi orang ramai, khususnya pekerja sektor gig yang semakin tertekan.

Jelasnya, kadar premium insurans tambahan untuk pemandu e-hailing terus meningkat mendadak melebihi 40 peratus setiap tahun tanpa justifikasi yang jelas daripada pihak tersebut.

“Kenaikan tersebut bukan sahaja membebankan pemandu, malah mengancam daya saing industri e-hailing secara keseluruhan.

“Justeru, pihak yang bertanggungjawab menilai semula dasar liberalisasi insurans yang memberikan kebebasan terlalu luas kepada syarikat insurans dalam menentukan kadar premium,” katanya.

Mengulas lanjut, Jose berkata, keperluan untuk penilaian itu dilaksana secara terperinci dan teliti selepas mengambil kira makluman daripada Bank Negara Malaysia (BNM) ketika sesi libat urus memaklumkan bahawa kenaikan itu berlaku disebabkan liberalisasi industri insurans dan undang-undang sedia ada yang membenarkan pihak insurans menetapkan kadar sesuka hati.

“Alasan tersebut tidak sepatutnya dijadikan justifikasi untuk membiarkan syarikat insurans bertindak sewenang-wenangnya tanpa kawalan dan pemantauan.

“Lantaran itu, pihak berwajib juga perlu mewujudkan konsultasi awam yang lebih inklusif sebelum sebarang keputusan berkaitan kenaikan kadar insurans dilaksanakan.

“Kami percaya bahawa isu ini memerlukan perhatian segera demi melindungi kebajikan rakyat dan memastikan keadilan dalam sistem insurans di Malaysia,” katanya.

Related Posts

Fitnah larangan takbir: MP Jasin, Harakah diarah bayar RM15,000 kepada menteri

AHLI Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail dan media Harakah mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur berhubung kenyataan fitnah terhadap beliau yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kempen Internet Selamat diperkasa, tekankan literasi digital dan keselamatan siber

Oleh: Alif Abd Aziz PAGOH – Kempen Internet Selamat terus dipergiat bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan keselamatan siber dan penggunaan teknologi secara berhemah. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil. dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Fitnah larangan takbir: MP Jasin, Harakah diarah bayar RM15,000 kepada menteri

Fitnah larangan takbir: MP Jasin, Harakah diarah bayar RM15,000 kepada menteri

Kempen Internet Selamat diperkasa, tekankan literasi digital dan keselamatan siber

Kempen Internet Selamat diperkasa, tekankan literasi digital dan keselamatan siber

Autism Fun Run cetus desakan tambah kemudahan sokongan di Sabah

Autism Fun Run cetus desakan tambah kemudahan sokongan di Sabah

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas