Stok bekalan barang keperluan asas bagi negeri banjir dijamin cukup – KPDN

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan stok bekalan barangan keperluan asas bagi negeri yang dilanda banjir adalah mencukupi.

Timbalan Menteri KPDN, Dr Fuziah Salleh berkata, KPDN telah mengeluarkan lesen khas kepada pemborong untuk menambah stok bekalan keperluan hingga 30 peratus sebagai persediaan sekirannya banjir berlaku hingga menyebabkan kemasukan bekalan terputus.

“Kita telah membuat persediaan sekurang-kurangnya dua bulan lepas dan seperti sekarang kita tahu Kelantan seolah-olah terkepung kerana banjir dan sukar untuk bekalan masuk.

“Tapi tidak perlu bimbang kerana mereka di sana (pemborong) sudah bersedia dengan stok yang kita percaya mencukupi.

“Jadi tidak akan timbul isu bekalan dari Kuala Lumpur untuk sampai negeri-negeri yang mengalami banjir atau dijangka mengalaminya terputus kerana bekalan sudah siap sedia berada dalam kawasan masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan gudang baharu penyimpanan tong komposit gas petroleum cecair (LPG) ACGas Cawangan Melaka di Kawasan Perindustrian Tasik Utama Ayer Keroh di Melaka, lapor Bernama pada Jumaat.

Media melaporkan keadaan banjir semakin memburuk dengan mangsa terkini mencecah 73,390 orang daripada 22,669 keluarga di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Perak dan Selangor setakat pagi ini.

Related Posts

Syarikat sawit Malaysia tidak terbabit pembakaran terbuka di Indonesia – Fahmi

PUTRAJAYA – Semakan terhadap syarikat perladangan kelapa sawit Malaysia yang beroperasi di Indonesia tidak menemukan penglibatan mereka dalam aktiviti pembakaran terbuka yang mencetuskan kebakaran di negara itu. Jurucakap Kerajaan Perpaduan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Klinik desa usang bertukar wajah, netizen puji PMX

USAHA menaik taraf kemudahan kesihatan luar bandar menerusi pembinaan semula Klinik Desa Permatang Sintok, Pulau Pinang, mendapat pujian netizen yang menyifatkannya sebagai inisiatif kecil tetapi memberi manfaat besar kepada rakyat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Syarikat sawit Malaysia tidak terbabit pembakaran terbuka di Indonesia – Fahmi

Syarikat sawit Malaysia tidak terbabit pembakaran terbuka di Indonesia – Fahmi

Klinik desa usang bertukar wajah, netizen puji PMX

Klinik desa usang bertukar wajah, netizen puji PMX

Jerebu: Malaysia teliti semula tawaran bantuan kepada Indonesia – Fahmi

Jerebu: Malaysia teliti semula tawaran bantuan kepada Indonesia – Fahmi

Pelbagai insentif, kenaikan gaji bukti Kerajaan MADANI dengari suara rakyat – Fung

  • By Fatin
  • October 16, 2026
Pelbagai insentif, kenaikan gaji bukti Kerajaan MADANI dengari suara rakyat – Fung

2 pekerja restoran didakwa pecah amanah RM58,000

2 pekerja restoran didakwa pecah amanah RM58,000

GRS perkemas strategi politik, perkukuh persiapan PRU16

GRS perkemas strategi politik, perkukuh persiapan PRU16