Beras cap Feri 5kg dijual serendah RM15 bermula Disember

GEORGE TOWN – Satu kampit beras cap Feri 5 kilogram (kg) akan dijual dengan harga serendah RM15 di Jualan Agro Madani Pertubuhan Peladang bermula Disember. 

Exco Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi, Fahmi Zainol berkata, harga RM15 yang ditetapkan bagi satu kampit 5kg beras cap Feri yang menggunakan beras import itu adalah yang termurah di pasaran bagi kategorinya.

Katanya, selepas hampir enam bulan tempoh menunggu kelulusan lesen pengoperasian kilang dan borong  daripada Bahagian Kawal Selia Padi Beras Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) pada 13 November lalu, beras cap Feri kini sedia untuk dipasarkan.

“Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) merupakan agensi yang akan memasarkan beras cap Feri melalui Jualan Agro Madani dan juga di premis peruncitan Fama dan Peladang di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 dan Usul Anggaran Pembangunan 2025 sidang Dewan Undangan Negeri pada Rabu.

Fahmi berkata, kerajaan negeri sedang berbincang dengan LPP bagi menjayakan kerjasama estet padi yang akan diusahakan sepenuhnya Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), melibatkan kawasan berkeluasan 43.89 hektar, bagi menjamin hasil padi dijual terus ke kilang pengeluaran beras cap Feri.

“Anak syarikat kerajaan negeri, Penang Agrotech Sdn Bhd, akan mula beroperasi pada 1 Januari dan penubuhannya diharap dapat membantu menjana pendapatan baharu untuk Pulau Pinang.

“Penang Agrotech bertindak sebagai pelaksana dan penyelaras perancangan, program dan aktiviti bawah Jawatankuasa Agroteknologi dan Keterjaminan Makanan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) bersama-sama jabatan lain bawah portfolio itu,” katanya.

Sementara itu, Fahmi berkata, teknologi Internet Kebendaan (IOT) akan diaplikasikan di kebun-kebun durian menerusi kerjasama Penang Agrotech dengan Jabatan Pertanian Negeri, penyelidik dan persatuan pekebun.

“Usaha ini dilaksanakan bagi membantu pengusaha mengurangkan kos, sekali gus meningkatkan hasil durian berkualiti tinggi.

“Sistem pemantauan ladang IOT ini dimulakan di sebuah kebun durian di Balik Pulau dan data digital yang dikumpulkan digunakan untuk memanfaatkan pengusaha dengan mengoptimumkan sumber air, baja serta racun perosak,” katanya.

Berhubung sektor agropelancongan, Fahmi berkata, projek Sedusun Valley di Relau, yang dilaksanakan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara dijangka bermula awal tahun depan, dengan perbelanjaan RM48 juta yang diluluskan Kerajaan Persekutuan.

Menurutnya, kerajaan negeri juga memohon peruntukan khas daripada KPKM untuk membangunkan sektor agropelancongan di Stesen Padi Bukit Merah, Permatang Pauh, dan Taman Herba Bertam, Kepala Batas.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak