
KAPIT – Insiden banjir dan tanah runtuh dilaporkan berlaku di Kapit melibatkan beberapa kawasan seperti Selepong 3, Jalan Selirik (Banjir), Bukit Goram (Tanah Runtuh dan Banjir), Simpang Utong (Banjir), Taman Buluh Perindu (Banjir) dan Rh. Engking (Banjir).
Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pasukan bomba Kapit yang diketuai oleh Komander Operasi PBK II Muhammed Sufyian Abdullah menggerakkan operasi menyelamat mangsa terkesan.
Difahamkan 10 anggota bomba terlibat dalam operasi tersebut dan usaha menumpukan fokus kepada kawasan Rh. Engking.
“Pasukan bomba kini bergiat menjalankan usaha menyelamat di kawasan yang terjejas.
Setakat ini, tiada jumlah mangsa dilaporkan dan kerugian dilaporkan dalam bencana alam tersebut.
Perkembangan dari semasa ke semasa akan dikemas kini kemudian.






