Jangan sakit hati dengan kejayaan lawatan Anwar ke empat negara

PUTRAJAYA – Terdapat pihak yang iri hati dengan kejayaan misi luar negara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menarik pelaburan ke Malaysia.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi berkata, pihak terbabit mendakwa kononnya lawatan dibuat Anwar tidak membawa manfaat kepada rakyat dan negara.

Ahmad Farhan berkata, pelbagai pencapaian penting diperoleh Perdana Menteri termasuk memacu ekonomi negara, memperkukuh hubungan antarabangsa dan meningkatkan reputasi Malaysia di peringkat global.

“Lawatan ini menunjukkan impak nyata, termasuk pertumbuhan ekonomi melalui pelaburan, pengukuhan perdagangan, dan pengiktirafan global terhadap Malaysia.

“Ia juga petunjuk jelas Perdana Menteri bukan sekadar figura simbolik, sebaliknya pemimpin yang memacu negara menuju kemajuan di bawah agenda Madani.

“Justeru, sebarang tuduhan bertentangan serta cubaan memutarbelitkan kejayaan lawatan ini adalah sangat tidak bertanggungjawab,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, lawatan Perdana Menteri ke Mesir menyaksikan perdagangan dua hala meningkat 21.4 peratus atau RM3 bilion.

Pelancaran kilang pemasangan Proton di Giza pula dijangka menjana pendapatan RM570 juta dalam masa tiga tahun, di samping tambahan pendapatan sebanyak RM20 juta melalui jualan alat ganti.

Lawatan itu juga membina kerjasama pendidikan antara Universiti Al-Azhar, Universiti Sains Islam Malaysia dan Kementerian Pendidikan Tinggi.

Manakala di Peru, lawatan rasmi Anwar membantu meneroka ekosistem halal di Amerika Latin melalui perjanjian persefahaman (MoU) antara Halal Development Corporation (HDC) dan Suruhanjaya Penggalakkan Eksport dan Pelancongan Peru (PROMPERU).

Kolaborasi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) dan Inovasi Pertanian Negara Peru memperkukuh sektor pertanian dengan perdagangan meningkat 49.1 peratus (RM1.58 bilion).

Lawatan ke Brazil pula membantu pelaburan luar pesisir Petronas bernilai AS$6 bilion serta projek kemudahan penyimpanan dan pemindahan pengeluaran terapung (FPSO) oleh Yinson Holding bernilai AS$5 bilion selain eksplorasi tenaga solar oleh Tenaga Nasional Berhad.

Katanya, semasa Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Peru, syarikat gergasi Microsoft dan Google mengiktiraf dasar kecerdasan buatan (AI) Malaysia sebagai komprehensif, dengan pelaburan pusat data yang bernilai AS$2 bilion.

Perdana Menteri juga, katanya, tegas mempertahankan hak Palestin di Sidang Kemuncak Negara-Negara Arab dan Islam di Riyadh serta menyeru sekatan senjata terhadap regim Zionis.

Anwar turut menuntut reformasi peranan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang seharusnya bersifat lebih inklusif buat negara anggota lain serta menyingkirkan rejim zionis Israel daripada PBB.

Related Posts

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

PONTIAN – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi N.54 Pulai Sebatang, Haniff Hosman menegaskan bahawa 10 Tawaran Utama Johor Untuk Semua merupakan komitmen yang realistik dan menyeluruh bagi memastikan kemajuan negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

PUTRAJAYA – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan memperkukuh penyampaian mesej Kerajaan MADANI kepada masyarakat India menerusi kerjasama strategik dengan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), termasuk penghasilan kandungan dalam bahasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti