Projek Tabung Darah, mesin CT-PET Scan untuk sektor kesihatan Sabah dilaksanakan tahun depan

SANDAKAN – Dua projek besar untuk sektor kesihatan negeri Sabah bakal dilaksanakan tahun depan iaitu Tabung Darah Sabah dan bekalan mesin ’Positron Emission Tomography-Computed Tomography Scan’ (CT-PET Scan).

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR), Datuk James Ratib berkata projek pembangunan Tabung Darah Sabah kini sedang dijalankan di kawasan Hospital Bukit Padang.

“Projek ini melibatkan tanah seluas 2.6 ekar dan akan ditender pada tahun hadapan dengan peruntukan RM86 juta bertujuan untuk menyelesaikan kekurangan bekalan darah, terutamanya untuk pesakit Thalassemia,” katanya.

Selain itu, mesin ‘CT-PET Scan’ yang bernilai RM30 juta akan ditempatkan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas.

“Mesin ini dijangka dapat mengesan kanser lebih awal dan meningkatkan keberkesanan rawatan.

“Ini merupakan projek pertama seumpamanya di Sabah yang akan dikelola sepenuhnya oleh kerajaan,” katanya selaku Exco Kesihatan Negeri Sabah sempena Konvensyen Panel Penasihat Klinik Kesihatan Negeri Sabah ke-13 di Dewan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Tiong Hua di sini pada Sabtu.

Mengulas mengenai program, katanya, kerjasama antara Pengerusi Panel Klinik Kesihatan dan Klinik Kesihatan Negeri Sabah adalah penting dalam memastikan kesejahteraan rakyat melalui perkhidmatan kesihatan yang berkesan.

Katanya, panel-panel penasihat ini memainkan peranan penting dalam membantu Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) mengenal pasti dan menangani isu-isu kesihatan di peringkat daerah.

“Panel-panel ini telah dilantik untuk tempoh dua tahun dan diharapkan mereka dapat memantau serta mengatasi masalah yang timbul dalam sektor kesihatan daerah.

“Kerjasama ini amat penting untuk memastikan keperluan masyarakat dalam bidang kesihatan dapat disampaikan dengan lebih efektif,” jelasnya.

Dalam pada itu, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr. Asits Sanna berkata tema konvensyen kali ini iaitu ’Panel Penasihat Pemangkin Kesejahteraan Komuniti’ menggambarkan peranan panel dalam memperkukuhkan saluran komunikasi yang lebih efektif antara masyarakat dan JKNS.

Katanya, projek intervensi kesihatan adalah elemen penting untuk memastikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada rakyat.

“Saya menyeru semua individu agar sentiasa meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka serta berani keluar dari zon keselesaan untuk memperkukuhkan kepakaran dan kesiapsiagaan dalam kawalan kesihatan awam.

“Penganjuran konvensyen ini diharap dapat terus memacu perkembangan panel penasihat Klinik Kesihatan di Sabah serta memberi manfaat besar kepada masyarakat dalam meningkatkan kesihatan awam,” ujar beliau.

Related Posts

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

PONTIAN – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi N.54 Pulai Sebatang, Haniff Hosman menegaskan bahawa 10 Tawaran Utama Johor Untuk Semua merupakan komitmen yang realistik dan menyeluruh bagi memastikan kemajuan negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

KUCHING – Inisiatif penyasaran subsidi individu melalui program BUDI Diesel yang dikawal selia oleh Kementerian Kewangan (MoF) terus mendapat maklum balas positif daripada pengguna di bandar raya ini.   Rata-rata pengguna…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti