Kerajaan Madani dengar suara rakyat, komited perbaiki kekurangan – Mohamad Sabu

KERAJAAN Madani sentiasa terbuka untuk mendengar suara rakyat dan memastikan setiap dasar yang dilaksanakan adalah berdasarkan keperluan dan kebajikan rakyat.

Menteri Pertanian dan Keselamatan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, sepanjang dua tahun pemerintahan kerajaan, meskipun pelbagai inisiatif telah dilaksanakan kementeriannya demi kebaikan rakyat, namun beliau mengakui masih ada ruang untuk memperbaiki segala kekurangan dan akan terus belajar dari semasa ke semasa.

“Dua tahun mungkin kelihatan singkat, tetapi ia adalah tempoh yang penuh dengan cabaran, pembelajaran dan kejayaan. Kerajaan Madani dibina atas asas perpaduan, keadilan, ketelusan, dan kepedulian terhadap rakyat.

“Dalam tempoh ini, kita telah bekerjasama untuk memastikan agenda ini dilaksanakan dengan empati dan amanah. Perjalanan kita masih panjang. Kerajaan Madani bukan sekadar slogan, tetapi perjuangan untuk mewujudkan Malaysia yang lebih baik untuk generasi kini dan akan datang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, beliau yang juga merupakan Presiden Amanah turut menyeru semua pihak untuk bersama-sama menjayakan agenda Malaysia Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadikan Malaysia negara yang dihormati di persada antarabangsa.

Dalam kenyataan sama, Mohamad turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak yang bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keselamatan Makanan (KPKM) atas segala sokongan, kritikan serta cabaran dalam tempoh dua tahun ini.

“Sepanjang dua tahun ini, kita berdepan dengan pelbagai isu seperti ekonomi global, ancaman perubahan iklim dan kesan pandemik Covid-19 yang masih dirasai di beberapa sektor pertanian namun KPKM terus mengorak langkah memberikan yang terbaik kepada rakyat,” katanya.

Menerusi tempoh dua tahun ini, beliau berkata, KPKM telah mengambil 11 langkah termasuk usaha menanam bawang secara besar-besaran sehingga 30 peratus menjelang 2030 dan meningkatkan pengeluaran nanas sehingga lebih 100 peratus daripada 800 kontena pada Januari serta 1,727 kontena pada Oktober tahun ini.

Ia juga termasuk aktiviti eksport durian segar ke China yang dijangka menambah nilai eksport negara sehingga RM1.8 bilion pada 2030.

Selain itu, penstrukturan semula subsidi ayam yang mampu menjimatkan hampir RM100 juta sebulan dan bekalan serta harga ayam yang kekal stabil sehingga ke hari ini.

Tambahnya, program Jualan Agro Madani akan diperluaskan agar rakyat mendapat akses bekalan makanan dengan penjimatan sehingga 30 peratus daripada harga pasaran.

Katanya, elaun sara hidup dan subsidi diesel diberikan kepada nelayan serta bantuan tunai bulanan melalui Skim Budi Madani Agro Komuniti kepada petani.

Mohamad turut merujuk usaha meningkatkan jumlah bantuan di bawah Skim Subsidi Harga Padi daripada RM360 satu tan kepada RM500 satu tan serta menaikkan harga lantai pembelian padi daripada RM1,200 satu tan kepada RM1,300 satu tan.

KPKM turut memberi subsidi beras import kepada penduduk Sabah, Sarawak dan Labuan bernilai RM23 juta sebulan bagi membantu penduduk wilayah tersebut menyerap kesan kenaikan harga beras dunia, selain memulakan reformasi padi dan beras secara besar-besaran.

Related Posts

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

PENEMUAN serpihan seramik lama dan beberapa artifak di Bukit Batu Putih, Kuala Perlis mungkin kelihatan kecil pada pandangan biasa, namun di sebalik tinggalan itu tersimpan persoalan lebih besar mengenai sejarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Brunei, hari ini, bagi memulakan lawatan kerja dua hari sempena Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 (ALC-27) Malaysia-Brunei. Anwar yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran

Jangan padam hakikat kedudukan Islam dalam Perlembagaan dengan slogan politik

Jangan padam hakikat kedudukan Islam dalam Perlembagaan dengan slogan politik