Ramalan awal banjir di beberapa kawasan di Sabah bermula Sabtu

KOTA KINABALU – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan amaran banjir yang diramalkan akan berlaku di beberapa kawasan lembangan sungai di Sabah bermula Sabtu sehingga 25 November ini.

JPS menerusi satu kenyataan pada Rabu memaklumkan amaran banjir ini susulan amaran hujan berterusan pada tahap buruk dan waspada yang dikeluarkan Jabatan Metereologi Malaysia.

Antara kawasan terlibat adalah Pantai Barat iaitu Ranau dan Kota Belud (Lembangan Sungai Abai, Lembangan Sungai Tempasuk, Lembangan Sungai Kadamaian, Lembangan Sungai Kawang-kawang, Lembangan Sungai Wariu, Lembangan Sungai Labuk, Lembangan Sungai Sugut, Lembangan Sungai Bandau dan Lembangan Sungai Keguraan).

Di kawasan Tawau (Lahad Datu) membabitkan Lembangan Sungai Segama, Lembangan Sungai Sepagaya dan Lembangan Sungai Silabukan.

Sementara di kawasan Sandakan (Kinabatangan, Beluran, Telupid dan Sandakan) yang turut diramal banjir adalah Lembangan Sungai Maruap, Trusan Kinabatangan, Lembangan Sungai Kretam Besar, Lembangan Sungai Labuk, Lembangan Sungai Sugut, Lembangan Sungai Paitan dan Lembangan Sungai Bongaya.

JPS turut mengeluarkan amaran di kawasan Kudat yang membabitkan Lembangan Sungai Sikuati, Lembangan Sungai Temalong, Lembangan Sungai Sri Aman, Lembangan Sungai Malubang, Lembangan Sungai Tapurau, Lembangan Sungai Telaga dan Lembangan Sungai Bongon.

JPS turut meramalkan banjir berlaku lebih awal atau lewat dari masa yang dijangkakan dan daerah lain juga diminta untuk mengambil langkah berjaga-jaga.

“Semua agensi pengurusan bencana dan penduduk terutamanya kawasan yang dijangka banjir diminta berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa,” tambah kenyataan itu.

Related Posts

Prinsip sama rata, adil perkasa pembangunan sekolah

TAWAU – Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui menggunakan prinsip sama rata dan adil dalam memastikan semua sekolah di kawasan itu menikmati kemudahan, kualiti dan peluang pembelajaran yang setara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bazar Gawai Agro Tamu Medamit 2026 bukti perpaduan dan sokongan CSR terus kukuh

LIMBANG – Sokongan berterusan pihak korporat dan syarikat swasta terhadap program kemasyarakatan dilihat menjadi antara faktor utama kejayaan penganjuran Bazar Gawai Agro Tamu Medamit yang kini memasuki tahun ke-10 penganjurannya.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Prinsip sama rata, adil perkasa pembangunan sekolah

Prinsip sama rata, adil perkasa pembangunan sekolah

Bazar Gawai Agro Tamu Medamit 2026 bukti perpaduan dan sokongan CSR terus kukuh

Bazar Gawai Agro Tamu Medamit 2026 bukti perpaduan dan sokongan CSR terus kukuh

PBSM Kuching santuni pesakit, raikan bayi 8 Mei di HUS

PBSM Kuching santuni pesakit, raikan bayi 8 Mei di HUS

Bekalan minyak negara lebih stabil hasil langkah kawalan ketirisan

Bekalan minyak negara lebih stabil hasil langkah kawalan ketirisan

Malaysia perkukuh semangat ASEAN, rapatkan jurang pembangunan serantau

Malaysia perkukuh semangat ASEAN, rapatkan jurang pembangunan serantau

Naratif ketakutan kaum dilihat strategi retorik politik Tun M – Penganalisis

Naratif ketakutan kaum dilihat strategi retorik politik Tun M – Penganalisis