Sarawak pertimbang lanjutkan tempoh sidang DUN

KUCHING – Kerajaan Sarawak akan mempertimbangkan cadangan melanjutkan tempoh persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Cadangan ini dikemukakan supaya beberapa isu dapat dibangkitkan dan membincangkan perkara lebih penting.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, cadangan ini dibangkitkan oleh ADUN Machan, Allan Siden Gramong yang mahukan perbincangan yang lebih mendalam mengenai isu semasa.

“Kita sedang meneliti permintaan yang dikemukakan untuk melanjutkan tempoh persidangan dan perkara ini sudah saya serahkan kepada Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar,” ujar beliau lagi.

Beliau berkata demikian ketika  berucap pada Malam Backbenchers Gabungan Parti Sarawak (GPS) di sebuah hotel terkemuka pada Rabu.

Sementara itu, Abang Johari memuji sikap profesionalise ADUN Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam persidangan DUN kali ini.

“Walaupun masa terhad, mereka dapat menunjukkan kebolehan yang tinggi dalam mengurus masa dengan lebih berkesan,” kata beliau.

Tambah beliau, kejayaan sesi tersebut didorong oleh kepatuhan kepada peraturan mesyuarat serta bimbangan Speaker DUN Sarawak termasuk pindaan yang dilakukan untuk memperbaiki susunan dan kesantunan dalam dewan.

Related Posts

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

TEMERLOH – Pemandu dan penumpang sebuah kereta dipercayai rentung selepas dihempap lori tangki yang membawa muatan 32,000 liter diesel serta petrol sebelum terbakar di Kilometer 9 Jalan Temerloh–Triang, petang tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

SEMPORNA – Kerajaan disaran meneliti pemberian bantuan khas atau memperluaskan skim sokongan sedia ada kepada guru yang bertugas di kawasan luar bandar dan kepulauan bagi membantu menampung kos pengangkutan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff