Sarawak harap penempatan khas guru selesai sebelum akhir tahun – Roland Sagah

KUCHING – Kerajaan Sarawak berharap penempatan khas guru dapat diselesaikan sebelum akhir tahun 2024.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, kerajaan Sarawak juga berharap penempatan guru dapat mengakhiri masalah kekurangan guru di Sarawak.

“Kerajaan Sarawak juga sudah meluahkan hasrat dan aspirasi kepada pihak  Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dengan mengutamakan calon dari Sarawak,” ujar beliau.

Selain itu, beliau juga berharap pihak SPP akur dengan pandangan dan mempertimbangkan keadaan berdasarkan keperluan guru di Sarawak.

Beliau berkata demikian kepada sidang media selepas sesi penggulungan kementeriannya dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Isnin.

Sementara itu, Roland juga berharap inisiatif kali ini bukan sahaja mengatasi masalah kekurangan guru tetapi memastikan anak Sarawak dapat menikmati akses pendidikan yang berkualiti.

Sebelum ini, usaha pengambilan khas guru di seluruh Sarawak menarik lebih 15,000 pemohon, dengan 2,010 calon disenarai pendek untuk temu duga akhir yang diadakan di Kuching, Sibu dan Miri.

Related Posts

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

SHANGHAI – SMD Semiconductor Sdn Bhd (SMD) memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Jiangsu Linyang Energy Co Ltd (Linyang Energy) untuk membekalkan penyelesaian semikonduktor kuasa ke pasaran global pada 13 Ogos…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

KUANTAN – Sejumlah RM5.5 juta diperuntukkan Kerajaan Pahang bagi memperkukuh bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negeri itu. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam