Keunikan Perlis mampu pacu ekonomi pelbagai sektor – Rafizi

KANGAR – Perlis berpotensi menjadi pemacu ekonomi pelbagai sektor di negara ini dengan kelebihan keluasan tanah serta kedudukan strategiknya.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli secara peribadi berpendapat, negeri itu memiliki keistimewaan tersendiri yang boleh dimanfaatkan untuk memperkasakan sektor pertanian, perkilangan dan tenaga solar.

“Perlis bukan sahaja berupaya memajukan sektor pertanian, tetapi mampu menjadi pusat pengembangan industri di luar Pulau Pinang.

“Kedudukannya yang bersebelahan dengan Thailand dan dekat dengan Pulau Pinang memberi kelebihan tersendiri,” katanya semasa sidang akhbar selepas sesi libat urus Rancangan Malaysia Ke-13 di sini hari ini.

Rafizi berkata, dengan adanya jaringan pengangkutan seperti kereta api dan pelabuhan darat, daya saing Perlis dalam bidang logistik dan perdagangan dapat dipertingkatkan.

Beliau menambah, cabaran yang dihadapi oleh negeri kecil seperti Perlis tidak seharusnya menjadi penghalang kepada pembangunan pesat.

“Jika dipacu dengan strategi yang betul, Perlis mampu mempelbagaikan ekonominya dengan pantas,” ujarnya.

“Fokusnya perlunya pakej pembangunan yang menyeluruh dirangka merangkumi kesemua nod-nod ekonomi dengan kerjasama erat antara kerajaan pusat dan negeri.

“Penggunaan teknologi moden serta pembangunan tenaga solar yang optimum adalah antara potensi yang boleh digerakkan memandangkan Perlis menerima cahaya matahari yang tinggi sepanjang tahun,” jelasnya.

Beliau juga menekankan peranan sektor swasta dalam menyokong pembangunan negeri ini agar lebih banyak pelaburan dapat dicurahkan.

Tambah Rafizi, Perlis boleh menjadi contoh kepada negeri lain dalam mewujudkan keseimbangan antara sektor pertanian, perkilangan dan logistik.

Related Posts

Autism Fun Run cetus desakan tambah kemudahan sokongan di Sabah

KOTA KINABALU – Program Autism Fun Run 2026 yang julung kali diadakan di Stadium Universiti Malaysia Sabah bukan sekadar acara santai komuniti, sebaliknya menjadi simbol kebangkitan kesedaran awam terhadap jurang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

KOTA KINABALU – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menegaskan pihaknya tidak terlibat secara langsung dalam penganjuran program Songkran Sunset Splash Run yang dianjurkan, baru-baru ini. DBKK dalam satu kenyataan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Enam pondok sertai rintis digitalisasi pendidikan Islam – PM

Enam pondok sertai rintis digitalisasi pendidikan Islam – PM

Kapal bahan api lepasi Selat Hormuz dijangka tiba hujung minggu ini – Fahmi

Kapal bahan api lepasi Selat Hormuz dijangka tiba hujung minggu ini – Fahmi

Undang-undang tetap terpakai di ruang maya – Azalina

Undang-undang tetap terpakai di ruang maya – Azalina

Pelantikan 14 hakim: Azalina minta tunggu istiadat di Istana Negara

Pelantikan 14 hakim: Azalina minta tunggu istiadat di Istana Negara

Fitnah larangan takbir: MP Jasin, Harakah diarah bayar RM15,000 kepada menteri

Fitnah larangan takbir: MP Jasin, Harakah diarah bayar RM15,000 kepada menteri

Kempen Internet Selamat diperkasa, tekankan literasi digital dan keselamatan siber

Kempen Internet Selamat diperkasa, tekankan literasi digital dan keselamatan siber