Fahmi sambut baik jaminan TikTok teliti isu buli siber di platformnya

PUTRAJAYA – Kementerian Komunikasi menyambut baik kenyataan pengendali platform media sosial TikTok yang memberi jaminan kepada kerajaan bahawa ia akan meneliti isu buli siber, penipuan dan fitnah di platformnya.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, bagaimanapun pihaknya masih belum menerima sebarang laporan menunjukkan hasil daripada jaminan yang telah diberikan kepada Perdana Menteri semasa berada di Lima, Peru itu pada Khamis.

Katanya, hasil daripada pertemuan di antara Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TikTok, Shou Zi Chew, yang mana telah disampaikan kepada pihaknya untuk memberi kerjasama yang baik kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Kementerian Komunikasi dalam usaha untuk memastikan internet lebih selamat termasuk dalam medan TikTok.

“Bagi platform TikTok, saya setakat ini belum menerima sebarang laporan menunjukkan hasil selain daripada kenyataan apa yang telah mereka buat jaminan, yang mereka (TikTok) berikan kepada Perdana Menteri,” katanya semasa sidang media bersama Jurucakap Kerajaan Perpaduan pada Khamis.

Mengulas lanjut, katanya, kegiatan buli siber itu juga menjadi sebab mengapa kerajaan berpendirian untuk kekal mengguna pakai kerangka kawal selia atau pelesenan perkhidmatan media sosial dan pesana internet berkuat kuasa 1 Januari tahun hadapan.

“Dalam isu buli siber, kita lihat memang pada waktu ini banyak daripada kegiatan buli siber berlegar-legar dalam beberapa platform terutama Facebook, TikTok dan Instagram.

“Inilah antara sebab mengapa kita berpendirian bermula tarikh 1 Januari 2025 ini untuk pemakaian sistem atau rejim pelesenan bagi platform-platform media sosial ini tidak boleh diubah.

“Kalau tidak ia (platform-platform media sosial) akan janji sahaja, tapi tidak buat (tiada hasil),” katanya.

Related Posts

Enggan berubah, budaya rasuah cabaran terbesar reformasi negara – Anwar

NILAI – Warga pendidik dan pelajar harus terbuka menjadi golongan yang bersedia menerima perubahan serta memainkan peranan dalam membina masa depan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cabaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DAP tidak akan bergerak solo, perlukan gabungan

SETIAUSAHA Agung DAP, Anthony Loke menegaskan parti itu tidak akan meninggalkan Pakatan Harapan (PH) dan akan kekal bersama gabungan berkenaan sehingga tamat tempoh pentadbiran kerajaan perpaduan. Loke dipetik wawancara Channel…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Enggan berubah, budaya rasuah cabaran terbesar reformasi negara – Anwar

Enggan berubah, budaya rasuah cabaran terbesar reformasi negara – Anwar

DAP tidak akan bergerak solo, perlukan gabungan

DAP tidak akan bergerak solo, perlukan gabungan

Kane masih kecewa England gagal ke final

Kane masih kecewa England gagal ke final

Kes disiplin, buli di sekolah perlu ditangani segera – PMX

Kes disiplin, buli di sekolah perlu ditangani segera – PMX

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS