ADUN Tanjong Datu cadang Lundu perlu pelan pembangunan, fokus sektor pelancongan

KUCHING – Kerajaan Sarawak digesa untuk merangka pelan struktur pelancongan dalam jangka panjang di Lundu.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Datuk Azizul Anuar Adenan, pelan induk pelancongan sedia ada sudah dibangunkan bagi tempoh 2014 hingga 2018.

“Saya berharap kerajaan Sarawak dapat merangka Pelan Struktur dan Pelancongan Daerah Lundu yang baharu,” kata beliau.

Tambah beliau, pelan ini perlu disiapkan supaya dapat merancang projek dan membangunkannya secara mampan.

Beliau berkata demikian ketika perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 (2024) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini pada Khamis.

Sementara itu, Azizul juga berharap Projek Pembangunan Bandar untuk Lundu perlu dirangka bagi memacukan pembangunan yang komprehensif untuk Lundu.

“Populasi penduduk di Lundu semakin bertambah dan perancangan penempatan tidak terancang,” ujar beliau.

Oleh itu, beliau berharap kerajaan Sarawak dapat melaksanakan satu pelan pembangunan bandar yang diinspirasi seperti projek Darul Hana.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP