Kerajaan Persekutuan digesa hormati tuntutan Sarawak berkaitan hak kerusi Parlimen

KUCHING – Kerajaan Persekutuan digesa agar menghormati tuntutan Sarawak berkaitan hak kerusi Parlimen seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Datuk Fazzruddin Abdul Rahman menegaskan tuntutan ini berlandaskan sejarah dan undang-undang yang bertujuan menjaga hak keistimewaan Sarawak dalam pembentukan Malaysia.

“Perkara ini bukan hanya tuntutan politik tetapi jaminan yang sudah lama termaktub dalam perlembagaan,” kata beliau seperti dilaporkan oleh UKAS.

Tambah beliau, kerajaan Persekutuan perlu melaksanakan tuntutan ini secara ikhlas tanpa sebarang agenda tersembunyi yang boleh menafikan hak Sarawak.

Fazzruddin yang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong turut menegaskan kepentingan representasi yang adil di Parlimen dengan membahagikan kawasan berdasarkan kepadatan penduduk.

Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (2025), 2024 dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-19 pada Khamis.

Sementara itu, Fazzruddin berkata, kawasan yang memiliki kepadatan penduduk rendah seperti Baram dan Belaga perlu mendapat pembahagian kerusi secara adil.

“Ini bertujuan melindungi hak rakyat yang berada di luar bandar dan berharap pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil kira isu ini,” ujar beliau lagi.

Related Posts

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

Oleh: LINA B SIBU – Pembukaan Institut Latihan Maritim TCCS Marine Sdn Bhd dan pelancaran Pusat Latihan Simulator di sini dilihat sebagai satu pencapaian penting dalam memperkasakan pembangunan modal insan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

SIBU – Pembukaan Institut Latihan TCCS Marine Sdn Bhd disifatkan sebagai langkah penting dalam memperkasakan ekosistem latihan maritim negara selaras keperluan industri perkapalan yang semakin kompleks. Ketua Pengarah Jabatan Laut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi