Kilang Proton Saga di Mesir buka pasaran luas di Afrika – PM

PEMBUKAAN kilang pemasangan Proton Saga di Mesir bakal membuka pasaran yang lebih meluas di benua Afrika.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelancaran pengoperasian kilang pemasangan unit komponen terurai (CKD) Proton Saga di Kaherah adalah sebahagian daripada usaha Malaysia membawa cara pemikiran baharu dalam kerjasama antara kedua-dua negara.

Tegasnya, Proton bukan hanya industri automotif di Malaysia, malah ia adalah kebanggaan negara dan terkenal di peringkat antarabangsa.

“Hari terakhir di Kaherah saya berkesempatan melancarkan pengoperasian kilang CKD kereta Proton Saga yang dijangka mula beroperasi Disember tahun ini.

“Keberadaan Malaysia di Mesir ini adalah sebagai rakan kongsi berdasarkan kepercayaan dan persahabatan yang lama terjalin.

“Adalah diharapkan supaya ianya dapat membuka pintu ke pasaran Afrika Utara,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Perdana Menteri menambah, rancangan pengeluaran bagi kilang pemasangan kereta Proton Saga akan menghasilkan kira-kira 16,000 unit antara tahun 2024 hingga 2026, yang disasar menjana pendapatan sekitar RM570 juta.

“Sebanyak RM20 juta pendapatan lagi dijangka dijana melalui jualan alat-alat ganti bagi menyokong perkhidmatan.

“Semoga lebih banyak peluang dan ruang buat syarikat Malaysia menjalinkan kerjasama dengan pihak Mesir, Insya-Allah,” katanya.

Related Posts

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

NEW DELHI – Kerjasama dalam industri semikonduktor menjadi antara tumpuan perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi, dalam usaha memperluas perkongsian ekonomi Malaysia-India.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan