Kerajaan guna kad pengenalan laksana penyasaran subsidi RON95

KAD pengenalan menjadi kaedah pilihan bagi kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi RON95.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang berkata, mekanisme itu dijangka berkesan mengawal peningkatan kadar inflasi apabila penyasaran subsidi dilaksanakan.

Meskipun pakar ekonomi berpendapat kaedah bayaran balik secara tunai lebih berkesan, Rafizi menjelaskan, kerajaan memilih menggunakan kad pengenalan kerana ia lebih berkesan menghadapi inflasi dan tidak membawa kepada kenaikan harga barangan.

Tegasnya, pengapungan harga minyak RON97 dan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) oleh kerajaan sebelum ini membuktikan inflasi menjadi tidak terkawal dan keadaan itu akhirnya membawa kepada kenaikan harga barang.

“Secara umumnya ahli ekonomi kata bayaran (balik secara) tunai lebih baik, tapi kerajaan melihat kenaikan harga barangan itu sebelum inflasi.

“Keutamaan kerajaan adalah mengawal inflasi,” katanya pada sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Related Posts

PM ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN di Cebu

CEBU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 serta mesyuarat berkaitan yang berlangsung di sini bermula esok hingga 8 Mei ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC kesan 600 hantaran palsu krisis tenaga global, lima kes ke mahkamah

PUTRAJAYA – Lebih 600 hantaran di media sosial yang mengandungi maklumat palsu berkaitan krisis tenaga global dikesan sejak 29 Mac lalu hingga kini. Jurucakap Kerajaan MADANI merangkap Menteri Komunikasi, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penduduk Sungai Apin nikmati fasiliti sukan lebih selesa

Penduduk Sungai Apin nikmati fasiliti sukan lebih selesa

Anggota PDRM Sabah diseru perkukuh pengurusan kewangan, kesihatan mental

Anggota PDRM Sabah diseru perkukuh pengurusan kewangan, kesihatan mental

Penyelarasan antara agensi pastikan Pan Borneo Sabah siap ikut jadual – Hajiji

Penyelarasan antara agensi pastikan Pan Borneo Sabah siap ikut jadual – Hajiji

Kegiatan jual petrol bersubsidi kepada warga asing terbongkar

Kegiatan jual petrol bersubsidi kepada warga asing terbongkar

Semangat ABU penentu kekuatan sebenar UMNO

Semangat ABU penentu kekuatan sebenar UMNO

PM ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN di Cebu

PM ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN di Cebu