Kronologi isu Nafas

UMPAMA nadi kepada para peladang, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) menjadi saluran daripada kerajaan untuk membantu petani berkaitan input baja, agihan subsidi pertanian dan sebagainya bagi memastikan keterjaminan makanan negara berjalan dengan baik.

Penubuhan Nafas telah dilancarkan pada 31 Mac 1972 oleh Perdana Menteri Malaysia Ke-2, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

Pada awal penubuhannya, Nafas yang dikenali sebagai Persatuan Peladang Kebangsaan, telah didaftarkan di bawah Akta Persatuan Peladang 1967 dan bertindak sebagai badan induk kepada persatuan-persatuan peladang di seluruh negara.

Segalanya bermula dengan permohonan Nafas pada 3 Mac 2023, agar kerajaan menaikkan harga melalui Variation of Price (VOP) untuk kontrak baja dan input pertanian, atas alasan kos bekalan seperti baja dan racun meningkat (akibat Covid-19 dan perang Ukraine).

Permohonan ini dipersetujui oleh Kerajaan Madani secara prinsip dengan syarat tertentu untuk pastikan bekalan kepada petani tidak terjejas.

Seterusnya pada 16 Mac 2023, Nafas menerima kelulusan dasar VOP dengan nilai RM1.26 bilion ‘bersyarat’.

Pada 22 Mei 2023 pula, Nafas diwarta sebagai Badan Awam mengikut Akta SPRM. Maksudnya SPRM boleh mula menyiasat selepas 51 tahun Nafas ditubuhkan.

Pewartaan SPRM di bawah Seksyen 71 (1) ASPRM 2009 ini membawa maksud Pertubuhan Peladang yang merangkumi Nafas, Pertubuhan Peladang Negeri dan Pertubuhan Peladang Kawasan sebagai Badan Awam.

Pada 7 Februari 2024, Kerajaan Madani keluarkan perintah khas untuk pemantapan tatakelola Nafas. Kuasa Anggota Jemaah Pengarah (AJP) ditangguh kecuali untuk kontrak kerajaan dan urusan perniagaan teras.

Dalam bulan yang sama, Nafas diarahkan baiki tatakelola dengan menetapkan peraturan ketat untuk kekerapan mesyuarat yang banyak tu, pengurusan syarikat subsidiari, pembentukan jawatankuasa baharu yang juga banyak, dan kawalan ke atas urusan perniagaan serta fungsi pengarah.

Bagi menanggung pembiayaan tuntutan, pada 4 September 2024, Kerajaan Madani setuju pembiayaan tuntutan kos baja melalui VOP dengan perkongsian 50:50 antara kerajaan dan Nafas, dengan kerajaan menanggung RM414 juta daripada jumlah tuntutan RM830 juta.

Pada 22 Oktober 2024, Nafas menafikan satu kenyataan yang menyebut pertubuhan itu menggantung tugas pengurus besar (GM) Muhammad Faris Arriffin atas dakwaan kesalahan tata kelola yang melibatkan salah guna kewangan pertubuhan itu.

Tetapi, pada 23 Oktober 2024 Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) menolak keputusan AJP untuk menggantung GM kerana melanggar prosedur kerana sebarang aduan atau tindakan terhadap GM perlu dirujuk dan diputuskan oleh LPP dan melalui prosesnya terlebih dahulu.

Namun, lebih mendebarkan apabila, pada 29 Okt 2024 Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan pihaknya memulakan siasatan dan pembongkaran berhubung penyelewengan dan ketirisan projek pembekalan baja padi sebuah pertubuhan di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Manakala, pada 30 Okt 2024, KPKM mengeluarkan kenyataan sedia memberikan kerjasama penuh kepada SPRM untuk melengkapkan siasatan ke atas Nafas.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, beliau mengalu-alukan proses siasatan yang kini dijalankan terhadap pertubuhan tersebut.

Pada 31 Okt 2024, SPRM menahan reman dua lagi individu termasuk pengerusi syarikat warga asing yang dipercayai ditawarkan projek pembelian baja padi oleh sebuah pertubuhan pertanian.

Perintah reman selama lima hari dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Majistret Putrajaya, Syahrul Sazly Md Sain terhadap kedua-dua suspek.

Kedua-dua suspek lelaki yang berusia kira-kira 40-an hingga 50-an ditahan ketika memberikan keterangan di ibu pejabat SPRM.

Azam Baki mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(a) Akta SPRM 2009

Seramai tiga individu telah ditahan termasuk seorang eksekutif pemasaran syarikat yang direman semalam sehingga 2 November 2024 lalu.

Seterusnya, pada 1 Nov 2024, Pendaftar Pertubuhan Peladang menggantung Nafas berkuat kuasa serta-merta.

Arahan penggantungan itu dikeluarkan Ketua Pengarah Pertubuhan Peladang, Amir Matamin selaku Pendaftar Pertubuhan Peladang di bawah Seksyen 20(1) Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109).

Kemuncaknya, pada 3 Nov 2024, dua bekas pengurus besar Nafas ditahan SPRM susulan siasatan salah guna kuasa membabitkan kartel perolehan baja bernilai kira-kira RM60 juta.

Kedua-dua suspek berumur 50 hingga 60-an itu ditahan kira-kira jam 8.30 malam ketika hadir di Ibu Pejabat untuk dirakam keterangan.

Syarikat asing tersebut dikatakan tidak pernah menerima sebarang kerja daripada Nafas sebelum ini.

Related Posts

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penglibatan aktif sektor swasta dan golongan usahawan amat penting dalam menjayakan Ekonomi MADANI supaya pertumbuhan ekonomi negara lebih bermakna, mampan serta dapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

CADANGAN kerajaan untuk melaksanakan sekatan akses akaun media sosial bagi kanak-kanak bawah 16 tahun disifatkan sebagai langkah wajar dalam usaha melindungi golongan itu daripada pelbagai risiko di alam siber. Pengamal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

  • By Ynom
  • April 18, 2026
KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran

PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

Serahan projek air RM4 bilion kepada Sabah bukti kepercayaan kepada autonomi negeri

Serahan projek air RM4 bilion kepada Sabah bukti kepercayaan kepada autonomi negeri