Skandal Nafas tumpas pada era Madani selepas 51 tahun penubuhan

SKANDAL Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) hanya ‘tumpas’ pada era pemerintahan Kerajaan Madani selepas 51 tahun ditubuhkan setelah diwartakan sebagai Badan Awam selaras akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pada 22 Mei 2023, Nafas tertakluk dibawah Pewartaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah Seksyen 71 (1) ASPRM 2009 yang membawa maksud Pertubuhan Peladang yang merangkumi Nafas, Pertubuhan Peladang Negeri dan Pertubuhan Peladang Kawasan sebagai Badan Awam.

Tujuan asal penubuhan Nafas ini adalah untuk membantu petani berkenaan input pertanian baja, benih dan racun, serta membantu mengagihkan subsidi kerajaan kepada petani bagi membantu meningkatkan hasil pertanian dan memastikan keterjaminan makanan negara berjalan dengan lancar.

Namun, Ibarat menjolok sarang tebuan, terdapat kartel dan segelintir Anggota Jemaah Pengarah (AJP) yang berkepentingan mendongak langit dan mula menyerang menteri dan pasukan gerak kerja yang mereformasi Nafas.

Namun seorang pemerhati politik, Ahmad Mursi, menerusi hantaran Facebook berkata, kepentingan perniagaan yang cuba dipertahankan ini bukan sedikit tetapi jumlahnya berbillion ringgit berkubu sejak sekian lama.

“Zaman Tebuk Atap, tak ada usaha ni sebab mereka pun menumpang sama. SPRM mula siasat kontrak baja RM1.8 bilion baru-baru ni.

“Walaupun setiap tahun kerajaan bagi lebih dari RM1bilion untuk subsidi baja, macam kata Khairy Jamaluddin dalam podcast Keluar Sekejap; ‘internal control’ tak ada, tiada ‘check and balance’, keanggotaan AJP dipilih secara lantikan dan pemilihan yang boleh dimanipulasi untuk kekalkan kuasa.

“Kaya raya siapa jadi AJP ni. Tak ada yang memantau. Peraturan boleh buat sendiri. Elaun mesyuarat sangat banyak termasuk 19 Jawatankuasa yang ditubuhkan, elaun dari anak-anak syarikat, pelbagai elaun, komisyen perbekalan, sewaan, jualan-jualan komisyen bahan mentah baja atau baja siap. Huh! Mewah,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Sementara itu, Ahmad Mursi berkata, terdapat juga AJP yang menjaga kepentingan kartel melibatkan input pertanian seperti baja dan anak benih yang kerajaan beri berbilion ringgit setiap tahun tu.

Katanya, tindakan menyeleweng ini yang menyebabkan para petani mendapat dividen yang tidak seberapa nilainya dan ada yang membeli anak benih lebih dari sepatutnya serta terdapat kes baja yang berkualiti rendah walhal telah disubsidi oleh kerajaan.

“Generasi petani muda-muda susah nak terlibat diperingkat akar umbi pertubuhan ni kerana kawalan kuasa oleh orang lama. Ini jejaskan hal keterjaminan makanan negara.

“Jadi sebenarnya Kerajaan Madani tengah nak selamatkan Nafas, yang buat bising ni ialah pihak yang berkepentingan yang dah berkubu dalam tu sejak sekian lama untuk punggah kekayaan. Bukan sangat petani bawahan.

“Pembangkang pula, bukannya nak menyokong reformasi Nafas, sebaliknya bersama kartel-kartel ini menyerang Kerajaan Madani,” katanya.

Pada 2 November lalu, Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr Mohd Suffian Yusoff mendakwa konflik ini boleh mengurangkan kepercayaan rakyat terhadap PAN dan kerajaan, khususnya bagi pengundi yang menyokong kerana janji-janji pembaharuan, reformasi dan ketelusan.

Tetapi kenyataan ini disanggah oleh bekas AJP Nafas, Mohd Hisyamuddin Ghazali atau Syam Ghaz berkata, krisis ini berlaku semasa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) memerintah 33 bulan

Ujarnya, Isu Nafas ini seolah-olah Mohd Suffian nak mahu ‘mengkambing hitamkan’ kerajaan sekarang, walhal ia berlaku pada zaman PN berkuasa.

Justeru, SPRM telah mengesahkan skandal baja NAFAS RM1.8 bilion berlaku tahun 2020-2023, dan projek runding terus baja 15,000 tan bernilai RM60 juta kepada anak syarikat di Singapura itu berlaku Jun 2022 lagi.

Related Posts

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penglibatan aktif sektor swasta dan golongan usahawan amat penting dalam menjayakan Ekonomi MADANI supaya pertumbuhan ekonomi negara lebih bermakna, mampan serta dapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

CADANGAN kerajaan untuk melaksanakan sekatan akses akaun media sosial bagi kanak-kanak bawah 16 tahun disifatkan sebagai langkah wajar dalam usaha melindungi golongan itu daripada pelbagai risiko di alam siber. Pengamal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

  • By Ynom
  • April 18, 2026
KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran

PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

Serahan projek air RM4 bilion kepada Sabah bukti kepercayaan kepada autonomi negeri

Serahan projek air RM4 bilion kepada Sabah bukti kepercayaan kepada autonomi negeri