Teknologi tenaga pintar mampu jimatkan kos operasi pengusaha pertanian

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) meneroka peluang kerjasama strategik antara sektor tenaga dan sektor pertanian negara.

Fokus utama kerjasama adalah usaha meningkatkan keberdayaan industri pertanian di Malaysia.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, dalam pertemuannya bersama Ketua Pegawai Regulatory dan Stakeholder Management TNB, Datuk Ts. Shamsul Ahmad dan delegasi TNB semalam, mereka sepakat bahawa penggunaan teknologi tenaga pintar mampu menjimatkan kos operasi pengusaha pertanian.

“Saya telah mengadakan pertemuan dengan Datuk Shamsul Ahmad dan delegasi dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang, Kuala Lumpur semalam.

“Perjumpaan ini membincangkan peluang kerjasama strategik antara sektor tenaga dan sektor pertanian negara, dengan tumpuan khusus kepada usaha meningkatkan keberdayaan industri pertanian di Malaysia.

“Pelbagai inisiatif berasaskan tenaga yang dapat menyokong usaha kementerian dalam membangunkan sektor pertanian yang lebih mampan dan efisien dibincangkan, termasuklah projek-projek tenaga boleh diperbaharui seperti penggunaan tenaga solar di kawasan ladang dan fasiliti pertanian, serta penggunaan teknologi tenaga pintar yang mampu menjimatkan kos operasi para pengusaha pertanian,” catat Mohamad di Facebook pada Khamis.

Ujar beliau, kementeriannya komited mahu memanfaatkan teknologi terkini bagi memastikan sektor pertanian negara kekal kompetitif.

“Saya amat mengalu-alukan TNB sebagai rakan strategik yang berpotensi dalam mencapai matlamat tersebut, terutamanya dalam konteks memperkasakan peralihan tenaga yang lebih hijau dan mesra alam di sektor pertanian.

“Kementerian yakin bahawa kerjasama ini akan memberi impak positif terhadap pembangunan sektor pertanian di Malaysia, sekali gus memastikan kesejahteraan pemain industri pertanian serta bekalan makanan negara terus terjamin,” kata Mohamad lagi.

Related Posts

PRN Melaka: Buang ego ideologi, teladani diplomasi Hudaibiyah dalam rundingan – Tajuddin

KUALA LUMPUR – Parti-parti politik yang menolak sentimen perkauman dan agama disaran meneladani diplomasi serta fleksibiliti Perjanjian Hudaibiyah dengan bersedia ‘duduk semeja’ mengadakan rundingan kerusi bagi mendepani Pilihan Raya Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027: Rakyat perlu pendapatan lebih kukuh, bukan sekadar bantuan

KOTA KINABALU – Belanjawan 2027 perlu memberi tumpuan lebih besar kepada peningkatan pendapatan rakyat, selain memastikan bantuan dan subsidi bersasar terus berfungsi sebagai jaringan keselamatan kepada golongan yang memerlukan. Pensyarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Melaka: Buang ego ideologi, teladani diplomasi Hudaibiyah dalam rundingan – Tajuddin

PRN Melaka: Buang ego ideologi, teladani diplomasi Hudaibiyah dalam rundingan – Tajuddin

Belanjawan 2027: Rakyat perlu pendapatan lebih kukuh, bukan sekadar bantuan

Belanjawan 2027: Rakyat perlu pendapatan lebih kukuh, bukan sekadar bantuan

‘Ibarat menang Piala Dunia’, Abdullah Saidol syukur Jambatan Batang Paloh siap

‘Ibarat menang Piala Dunia’, Abdullah Saidol syukur Jambatan Batang Paloh siap

AMK Miri mahu Belanjawan Sarawak 2027 fokus peluang pekerjaan, rumah mampu milik

AMK Miri mahu Belanjawan Sarawak 2027 fokus peluang pekerjaan, rumah mampu milik

Pernah tolak bantuan demi penduduk, bekas Penghulu Kampung Penat kini terima manfaat PPRMS

Pernah tolak bantuan demi penduduk, bekas Penghulu Kampung Penat kini terima manfaat PPRMS

110 murid serlah bakat di Karnival Pendidikan Khas Zon Tengah

110 murid serlah bakat di Karnival Pendidikan Khas Zon Tengah