
Oleh Hidayatun Nufus (Pelatih UPM)
MAKLUMAN penting, permohonan kemasukan untuk melanjutkan pengajian ke TVET MARA – KKTM, MJII & IKM bagi sesi pengajian Januari 2025 kini dibuka bermula 1 OKTOBER 2024 sehingga 15 NOVEMBER 2024.
Sertai TVET MARA – KKTM, MJII & IKM untuk meningkatkan kerjaya dan kemahiran melalui pendidikan teknikal dan vokasional yang berkualiti tinggi!
Berikut adalah perincian informasi berkenaan dengan permohonan kemasukan bagi sesi pengajian Januari 2025 ini.
Pengenalan
TVET MARA, melalui Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), MARA Japan Industrial Institute (MJII), dan Institut Kemahiran MARA (IKM), merupakan institusi terkemuka dalam pendidikan teknikal dan kemahiran di Malaysia. Beroperasi di bawah Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA (BKT), institusi-institusi ini telah menyumbang kepada pembangunan modal insan berkemahiran tinggi di Malaysia selama lebih dari 50 tahun.
Dengan pengalaman luas dalam bidang TVET, KKTM, MJII, dan IKM telah menghasilkan tenaga kerja yang kompeten dan teknousahawan yang seiring dengan keperluan industri tempatan dan global. Reputasi institusi-institusi ini sebagai penyedia latihan berkualiti telah mengukuhkan nama mereka di peringkat antarabangsa sebagai pusat kecemerlangan TVET.
IKM, ditubuhkan pertama kali di Melaka pada tahun 1968, bertujuan melahirkan tenaga kerja Bumiputera yang berkemahiran tinggi, sesuai dengan keperluan industri. Kini, IKM mempunyai 14 kampus di seluruh Malaysia, manakala KKTM mengkhusus dalam teknologi tinggi dengan 10 kampus di seluruh negara serta satu kampus MARA Japan Industrial Institute (MJII) yang memberi tumpuan kepada teknologi berasaskan Jepun.
Sejak zaman RIDA, pendidikan kemahiran MARA telah berkembang daripada “sekolah tukang” yang menyediakan latihan kemahiran asas kepada pusat latihan teknikal yang memenuhi tuntutan industri semasa. Penubuhan institusi-institusi seperti IKM pada akhir 1960-an dan beberapa lagi pada tahun 1970-an menjadi pemangkin utama kepada pembangunan pendidikan teknikal berasaskan industri di Malaysia.
Namun begitu, cabaran utama MARA pada waktu itu bukan sahaja untuk membangunkan institusi pendidikan kemahiran, tetapi juga mengubah persepsi belia Bumiputera pasca merdeka terhadap pendidikan teknikal dan kemahiran.
Kenapa Perlu Pilih TVET MARA- KKTM, MJII & IKM?
- Kebolehpasaran Tinggi
Dengan kadar kebolehpasaran graduan melebihi 90 peratus, anda akan dipersiapkan dengan kemahiran yang sangat dicari oleh industri. Masa depan kerjaya anda pasti cerah! - Pengalaman latihan praktikal
Dapatkan pengalaman sebenar melalui latihan hands-on yang mempersiapkan anda untuk cabaran industri. Belajar sambil beraksi! - Kurikulum Terkini
Program-program akan sentiasa diperbaharui untuk mengikuti perkembangan semasa industri, memberi anda kelebihan berdaya saing di pasaran kerja. - Peluang Melanjutkan Pengajian
Sebagai graduan, anda boleh melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, sama ada dalam negara atau luar negara, membuka lebih banyak peluang untuk kerjaya yang lebih luas. - Tenaga Pengajar Berpengalaman
Dapatkan bimbingan daripada pakar industri yang berpengalaman dan bersedia membantu anda mencapai matlamat!
Syarat Permohonan KKTM, MJII & IKM
Sila semak syarat kelayakan bagi peringkat Sijil dan Diploma mengikut program di pautan berikut:
- Peringkat Sijil
IKM – http://www.tvetmara.edu.my/booklet/ikm
- Peringkat Diploma
KKTM – http://www.tvetmara.edu.my/booklet/kktm
MJII I – http://www.tvetmara.edu.my/booklet/mjii
Cara Permohonan
Permohonan kemasukan ke KKTM, MJII dan IKM bagi Januari 2025 boleh dilakukan secara dalam talian bermula 1 OKTOBER 2024 SEHINGGA 15 NOVEMBER 2024. Melalui platform berikut:
Spupim – https://apponline.mara.gov.my/Spupim_1/
Up TVET – https://mohon.tvet.gov.my/
Tarikh-Tarikh Penting
- Tarikh Permohonan: 1 OKTOBER 2024 – 15 NOVEMBER 2024
- Tarikh Temuduga: 11 NOVEMBER 2024 – 15 NOVEMBER 2024
- Tarikh Tawaran Institusi Kepada Calon: 18 NOVEMBER 2024 – 6 DISEMBER 2024
- Tarikh Calon Setuju Terima Tawaran: 25 NOVEMBER 2024 – 8 DISEMBER 2024
- Tarikh Rayuan: 9 DISEMBER 2024 – 17 JANUARI 2025
Berapa Lama Tempoh Pengajian?
Peringkat Sijil
- 36 Bulan (termasuk Latihan Industri) – Elektrik (Kuasa) sahaja
- 24 Bulan (termasuk Latihan Industri)
Peringkat Diploma
- 24 – 36 Bulan (termasuk Latihan Industri)
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila salurkan pertanyaan anda melalui talian yang terpapar dalam poster infografik di bawah:
- Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur
+60 3 2613 4258
+60 3 2691 4510
info@tvetmara.edu.my - Mohon sekarang untuk kemasukan ke KKTM, MJII & IKM dan sertai komuniti graduan yang berjaya.








