Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR): Mohon sekarang bagi tahun 2025

BAGI membasmi dan menoktahkan kemiskinan tegar, kerajaan bersetuju untuk meneruskan program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) bagi tahun 2025 dengan menyediakan peruntukan sebanyak RM250 juta sekaligus menggalakkan penyertaan yang lebih ramai tahun hadapan.

Program IPR ini merupakan salah satu inisiatif yang baik dalam membantu meningkatkan taraf hidup rakyat, jadi dalam artikel kali ini, disertakan cara-cara memohon IPR 2025 dan keterangan mengenainya.

Pengenalan IPR 2025

Setakat Oktober, kerajaan telah meluluskan 2,536 permohonan golongan sasar membabitkan miskin tegar, miskin dan B40 bagi menyertai tiga inisiatif di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).

“Daripada 2,536 golongan sasar itu, 79.2 peratus peserta adalah dari masyarakat Melayu, etnik Sabah dan Sarawak (16.2 peratus), India (2.2 peratus), masing-masing satu peratus bagi Cina dan Orang Asli serta 0.4 peratus masyarakat Siam.

“Kerajaan bertekad untuk meningkatkan taraf hidup rakyat tanpa mengira kaum dan latar belakang sosioekonomi. Dalam hubungan ini, Kementerian Ekonomi sedang mengambil langkah sewajarnya untuk meningkatkan penyertaan pelbagai kaum ke dalam program IPR,” kata Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib.

ipr-2025

Apakah itu Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)?

Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) diusahakan bagi mencapai tiga objektif utama iaitu:

  • IPR fokus dengan strategi serampang dua mata untuk menambah pendapatan keluarga miskin tegar dan B40 pada masa yang sama berusaha menyelesaikan masalah ekonomi harian menerusi inisiatif-inisiatif IPR.
  • IPR menumpukan usaha membasmi kemiskinan dan menambah pendapatan rakyat menerusi inisiatif pertanian, perniagaan makanan dan operator perkhidmatan
  • IPR akan mewujudkan ekosistem antara pemohon, pemegang taruh dan masyarakat setempat.

IPR melibatkan tiga model utama iaitu:

i) Inisiatif Usahawan Tani (INTAN)
Program INTAN mungkin mengambil masa yang lebih panjang untuk mendapat pendapatan kerana perlu menunggu sehingga sehingga hasil boleh dituai. Oleh itu, kerajaan telah mengambil kira bantuan untuk tempoh pemantauan 24 bulan termasuk penyediaan tapak, infrastruktur dan latihan termasuk elaun bulanan sementara hasil tuaian itu berlaku.

Pihak yang terlibat dalam model INTAN adalah:

  • Syarikat pertanian
  • Rantaian peruncitan makanan
  • Pengeksport
  • Agensi-agensi kerajaan berkaitan
  • Koperasi

ii) Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN)

Menerusi program INSAN, perserta boleh jana pendapatan dengan menggunakan mesin menjual (vending machine) di mana anda diberikan pelbagai kemudahan termasuk latihan bisnes dan perniagaan secara percuma, teknologi, latihan kemahiran, tempat berniaga disediakan, bantuan promosi dan pemasaran dan lain-lain lagi menerusi koperasi.

Pihak yang terlibat dalam model INSAN adalah:

  • Pengusaha mesin menjual (vending machine)
  • Syarikat-syarikat yang ingin menyediakan kemudahan makanan kepada pekerja-pekerja mereka
  • Pemilik atau pengusaha premis-premis agensi kerajaan pada peringkat Persekutuan dan Negeri
  • Institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti yang berhasrat untuk menggunakan mesin menjual untuk menyediakan makanan kepada pelajar, staf dan pelawat
  • Stesen-stesen LRT
  • Hospital dan kemudahan kesihatan yang berhasrat untuk menggunakan mesin menjual untuk menyediakan makanan kepada pesakit, pelawat dan staf

iii) Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN)
Melalui IKHSAN, peserta boleh menjadi operator kawal selia kemudahan kerajaan seperti tandas awam atau pejabat dan mereka mendapat pendapatan dari dua sumber iaitu satu daripada kutipan harian orang bayar untuk masuk tandas atau kelengkapan kemudahan lain.

Pihak yang terlibat dalam model IKHSAN adalah:

  • Syarikat-syarikat swasta yang memerlukan pekerja-pekerja sambilan untuk tujuan pembersihan premis
  • Premis-premis agensi kerajaan

Syarat-Syarat Permohonan IPR

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pemohon adalah daripada golongan berpendapatan B40 dan miskin tegar

Cara Permohonan & Pendaftaran IPR

Bagi individu yang memenuhi syarat-syarat permohonan di atas, anda boleh menghantar permohonan untuk menyertai program IPR ini dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman IPR di https://ipr.ekonomi.gov.my/sign_up.
  2. Lengkapkan pendaftaran akaun terlebih dahulu
  3. Sahkan akaun anda dengan mengklik pautan yang dihantar ke emel anda
  4. Log masuk akaun anda
  5. Lengkapkan permohonan anda dengan mengisi segala butiran yang dilengkapkan

Sertai Komuniti IPR (Off-Takers)

  1. Adakah anda syarikat pertanian yang mencari pekebun kecil untuk memasarkan tanaman mereka?
  2. Adakah anda ingin membantu peniaga kecil menjual makanan mereka secara mudah dan murah pada kualiti yang berpatutan?
  3. Adakah anda ingin mencari pekerja sambilan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan?

Sertai komuniti IPR dan anda akan dipadankan atau dihubungkan dengan mereka yang memohon di IPR.

Maklumat Lanjut

  • Kementerian Ekonomi
    Menara Prisma
    No. 26 Persiaran Perdana, Presint 3
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62675 Putrajaya

Related Posts

Kanser Kolorektal: Ketakutan, kesedaran, tindakan

MAC merupakan Bulan Kesedaran Kanser Kolorektal, iaitu kanser kedua paling kerap didiagnosis dan tertinggi dalam kalangan lelaki di Malaysia. Namun, di sebalik pelbagai kempen dan hebahan oleh agensi kesihatan, tahap…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pulau Pangkor: Gabungan pantai, sejarah dan budaya tempatan

Nama : Rashidiin Teh PULAU Pangkor merupakan sebuah pulau yang terletak di perairan Selat Melaka dan berada di bawah pentadbiran negeri Perak. Pulau ini dikenali sebagai salah satu destinasi pelancongan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah