Kes buli tekap seterika berulang, Anwar ke UPNM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual melawat kampus Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di Sungai Besi, Kuala Lumpur hari ini, ketika skandal berkaitan penderaan terbaharu membabitkan kadet tenteranya.

Anwar akan menjadi tetamu program ‘Temu Anwar’ yang merupakan inisiatif berterusan perdana menteri untuk bertemu pelajar universiti dan berkongsi dengan mereka hala tuju negara.

Kes buli dengan menekap seterika pada badan melibatkan pegawai kadet laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), berulang lagi, kali ini melibatkan pelajar tahun dua.

Pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) UPNM, Sungai Besi itu dipercayai menjadi mangsa buli pelajar senior ia sekali gus mengulang peristiwa hitam yang melibatkan Allahyarham Zulfarhan Osman tujuh tahun lalu.

Pegawai jurusan kejuruteraan itu difahamkan didera menggunakan seterika yang ditekap pada dadanya sehingga meninggalkan kesan lecur.

Kejadian itu terbongkar apabila jurulatih yang melakukan pemeriksaan menyedari terdapat kesan kecederaan pada tubuh mangsa.

Susulan kejadian berkenaan, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Mohammad Ab. Rahman yang mengesahkan kejadian buli itu memberi jaminan siasatan kes berkenaan sedang dijalankan.

“Siasatan sedang dijalankan dan biar proses ini berjalan.

“ATM memandang serius isu sebegini dan tidak akan melindungi mana-mana pihak yang terbabit dengan kes berkenaan,” katanya lapor Utusan.

Dalam pada itu, ATM dalam satu kenyataan turut menggesa masyarakat memberi ruang kepada pihaknya untuk menyiasat perkara tersebut secara tuntas agar keadilan dapat diberikan sepenuhnya kepada pihak yang teraniaya.

Selain itu, masyarakat juga diseru tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu kepada proses siasatan.

“Segala perkembangan hasil siasatan akan dimaklumkan kepada umum dari semasa ke semasa,” katanya.

Sebelum ini negara dikejutkan kes buli yang kejam hingga membawa kematian tragis kepada pegawai kadet laut UPNM, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain yang turut diseksa menggunakan seterika wap pada hampir keseluruhan badannya.

Perbuatan mencederakan Zulfarhan itu dilakukan di dalam sebuah bilik blok penginapan Asrama Jebat universiti itu di Kem Perdana, Sungai Besi antara pukul 2.30 pagi dan pukul 5.30 pagi 21 Mei 2017 manakala mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.

Kesalahan menyebabkan kematian Zulfarhan itu dilakukan di sebuah bilik di blok penginapan Asrama Jebat, UPNM antara pukul 4.45 pagi dan pukul 5.45 pagi, 22 Mei 2017

Pada 23 Julai lalu, media melaporkan, enam UPNM dijatuhi hukuman gantung kerana membunuh Zulfarhan Osman, tujuh tahun lalu.

Mereka ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd. Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd. Ali. Kesemuanya kini berusia 28 tahun.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Datuk Hadhariah Syed Ismail memutuskan demikian secara sebulat suara selepas menolak rayuan keenam-enamnya serta mengetepikan hukuman penjara 18 tahun yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Mahkamah sebaliknya membenarkan rayuan pendakwa raya agar perayu-perayu dijatuhi hukuman gantung manakala Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang sebelum ini dipertuduhkan terhadap mereka, dikembalikan.

Beliau yang bersidang bersama-sama Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang meminda pertuduhan daripada Seksyen 302 kepada Seksyen 304(a) kerana menyebabkan kematian Zulfarhan.

Panel itu turut menjatuhkan hukuman penjara empat tahun terhadap 12 bekas penuntut lain kerana mencederakan Zulfarhan. Hukuman itu dinaikkan daripada tiga tahun yang diputuskan sebelum ini.

Related Posts

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

KOTA KINABALU – Komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembangunan Sabah terus mendapat penghargaan apabila pelbagai inisiatif dan projek strategik dilaksanakan bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

PENAMPANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak mahu dilihat sengaja melengah-lengahkan penyelesaian tuntutan 40 peratus hasil bersih Persekutuan kepada Sabah. Tegasnya, Kerajaan Persekutuan memberi jaminan untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar