Wan Rosdy harap Najib diberi ketabahan

KUANTAN – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail melahirkan rasa simpati kepada Datuk Seri Najib Razak susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan bekas Perdana Menteri itu membela diri dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Namun, Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang percaya Najib dan pasukan peguam akan menggunakan peluang itu untuk membuktikan kebenaran dan membersihkan nama.

“Saya menghormati proses undang-undang yang sedang berjalan dan berharap keadilan dapat ditegakkan dengan saksama.

“Saya sentiasa mendoakan agar Datuk Seri Najib dan keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian yang besar ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Najib membela diri terhadap empat tuduhan menggunakan kedudukan bagi memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Hakim memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap semua 25 tuduhan dikenakan terhadap Najib yang juga Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, ketika kesalahan itu didakwa dilakukan.

Related Posts

Jangan cemar institusi diraja, Ismail Lasim wajar berundur – AMK

TINDAKAN yang berlaku di Negeri Sembilan ketika ini disifatkan sebagai mencemarkan kesucian dan kemuliaan institusi diraja serta adat di negeri berkenaan. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak ubah landskap acara perniagaan, sasar penganjuran berteraskan impak komuniti

KUCHING – Sarawak kini mengorak langkah mengubah hala tuju sektor acara perniagaan daripada sekadar pelancongan tradisional kepada penganjuran berteraskan komuniti yang lebih bermakna dan berimpak tinggi. Inisiatif ini direalisasikan menerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemergian Tun Hasmah: Negara kehilangan sosok inspirasi wanita

Pemergian Tun Hasmah: Negara kehilangan sosok inspirasi wanita

PMX zahir takziah pemergian Tun Hasmah, sedekah Al-Fatihah sebelum ucaptama

PMX zahir takziah pemergian Tun Hasmah, sedekah Al-Fatihah sebelum ucaptama

Agong, Raja Permaisuri zahir takziah atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah

Agong, Raja Permaisuri zahir takziah atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah

Tun Hasmah meninggal dunia pada usia 100 tahun

Tun Hasmah meninggal dunia pada usia 100 tahun

Jangan cemar institusi diraja, Ismail Lasim wajar berundur – AMK

Jangan cemar institusi diraja, Ismail Lasim wajar berundur – AMK

KPT susun semula syarikat pegangan universiti, termasuk UiTM Holdings

KPT susun semula syarikat pegangan universiti, termasuk UiTM Holdings