PN tak perlu calon cerdik?

NIBONG TEBAL – Bukan sahaja ‘kunci mulut’ soal kelayakan pendidikan calon pembangkang, sebaliknya Pengarah Pilihan Raya PN seolah memandang rendah golongan yang memiliki kelayakan akademik.

Ketika diasak perbandingan kelayakan pendidikan calon PH dan PN, beliau yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor itu bagaimana pun dilihat merendahkan golongan yang memiliki pendidikan tinggi.

Beliau menegaskan, ramai orang yang ‘gagal’ dalam politik walaupun memiliki latar pendidikan tinggi.

“Ramai orang berpendidikan tinggi, doktor, profesor, tapi dalam politik failed (gagal). Politik bukan duduk di pejabat macam kita kerja dengan jabatan, (sebaliknya) kena turun ke bawah (untuk mendekati) macam-macam isu, kena faham sosiopolitik, sosioekonomi dan macam-macam.

“(Soal) akademik bahagian lain, tak membantu pun. Ramai pemimpin politik tak ada kelulusan apa, tetapi intelektual bukan kerana kelulusan akademik tetapi duduk di sini (fikiran),” katanya.

Isu latar belakang pendidikan calon mula menjadi perhatian selepas nama mereka diumumkan oleh parti masing-masing pada minggu lalu.

Calon PH, Cikgu Dr Joohari merupakan seorang pemegang ijazah doktor falsafah (PhD) dan pernah menjadi pengarah Institut Aminuddin Baki cawangan utara sebelum meletak jawatan tahun lalu.

Abidin yang merupakan calon pembangkang pula disebutkan sebagai seorang eksekutif logistik dan didakwa memiliki sijil ISO 14001:2015 bagi Sistem Pengurusan Alam Sekitar.

Hal itu diumumkan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man pada malam 15 Jun lalu.

Sanusi kemudian menjelaskan untuk menjadi seorang pemimpin politik yang baik, individu terbabit tidak semestinya perlukan pendidikan tinggi.

Katanya, kelayakan akademik perlu diadun kesemuanya secara menyeluruh.

“Bukan, itu kesimpulan awak sendiri. Kelayakan akademik kena diadun dengan kesemuannya. Kelayakan akademik semata-mata tidak menjamin kecemerlangan ahli politik.

“(Pun begitu) tapi nak kena ada kelulusan akademik juga, kena tahu membaca menulis juga,” katanya.

Dia juga menambah ada ramai pemimpin yang tak ada PhD, (sarjana), bukan bergantung semata-mata kepada kelulusan akademik.

Ditanya strategi PN tidak menonjolkan kelulusan akademik calon mereka, Sanusi berkata ia bersesuai dengan keadaan di kerusi terbabit.

“Soalan provokasi, sila jawab sendiri. Sila tamatkan soalan, itu semua provokasi,” katanya ketika ditanya jika kelulusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pun mungkin diambil menjadi calon.

Sementara itu Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pula meletakkan keyakinan betapa isu-isu semasa dan setempat akan membantu kemenangan calon PN pada awal bulan depan.

Related Posts

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

KANGAR – Kebun buah-buahan, rumah kediaman dan stor dijadikan lokasi menyimpan senjata api serta peluru milik satu sindiket yang dipercayai aktif di utara Semenanjung sejak 2019. Ketua Polis Perlis, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman