Kebakaran kilang kitar semula berjaya dikawal, operasi masih diteruskan

KOTA BHARU – Kebakaran sebuah kilang kitar semula di kawasan perindustrian di Padang Tembak di sini berjaya dikawal namun operasi masih diteruskan.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Kelantan, tindakan operasi yang dimulakan pada jam 6.08 petang Ahad bagaimanapun berjaya dikawal pada jam 8.45 malam.

Katanya, operasi terbabit masih diteruskan dengan seramai 63 anggota turut terlibat dalam operasi pemadaman kebakaran itu.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang dengan 80 peratus premis dilapor musnah, namun tidak membabitkan mangsa.

Operasi Pemadaman juga melibatkan Balai Bantuan dari BBP Kota Bharu, BBP Pasir Tumbuh, BBP Wakaf Bharu dan BBP Rantau Panjang.

Sementara itu, pihaknya turut menggunakan lima jentera dan empat lori tangki daripada Syarikat Air Kelantan berikutan bekalan air yang tidak mencukupi untuk memadam api yang terus merebak dan marak di pusat kitar semula itu.

Dalam pada itu pihaknya memaklumkan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Negeri Kelantan telah menerima panggilan kecemasan daripada sistem MERS 999 pada jam 6.02 petang mengenai kebakaran.

Sebaik menerima panggilan pegawai serta anggota termasuk dari BBP Kota Bharu serta Pasir Tumboh bergegas ke lokasi.

Related Posts

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

TAWAU – Empat blok rumah kongsi melibatkan 20 pintu dan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran berhampiran Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

MUKAH – Seorang buruh warga tempatan ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di tepi Jalan Kubu, di sini pada Isnin. Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

  • By Fatin
  • October 6, 2026
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Olise bantu Perancis kalahkan Belgium 4-1

Olise bantu Perancis kalahkan Belgium 4-1